Isnin, 4 Oktober 2010

Maut Dan Segala Persoalannya

APAKAH ITU MATI

Untuk menjawab pertayaan ini kiranya dapat kita ambil dari dua sumber iaitu sumber manusia dan sumber lain dari manusia iaitu tuhan.

Sebagaimana yang kita tahu bahawa mansia itu ialah makhluk yang beragama dan berkebudayaan sebab itu manusia adalah makhluk yang dianugerahi akal fikiran. oleh kerana ia mempunyai akal maka ia menjadi sumber pengetahuan. pengetahuan itu berdasarkan tiga pengetahuan iaitu pengetahuan indera, pengetahuan ilmu dan pengetahuan filsafat.

Pengetahuan indera hanya dapat dijawab secara sederhana sekali iaitu mati itu ialah terhentinya jasmani berfungsi iaitu bernafas, perjalanan darah, gerak fikiran, perasaan, tenaga dan lain- lain.

Maka sekarang, pertanyaan itu kita ajukan kepada yang kedua iaitu pengetahuan ilmu yang tenaga dan kemampuannya lebih besar dan nilai kebenarannya lebih tinggi dari pengetahuan indera. Kemampuan pengetahuan ilmu terletak dalam penelitian segala sesuatu yang konkrit serta peristiwa yang nyata maka dilakukanlah penelitian terhadap penyakit sakaratul maut dan mayat. Lalu dapatlah disimpulkan bahawa maut itu disebabkan rosaknya jasmani atau bahagian yang berfungsi.

Penelitian dilajutkan lagi dan ternyata bahwa manusia itu memiliki kehidupan rohani yang menunjukkan adanya roh. Ilmu meneruskan penyelidikan tentang roh tetapi hanya sekarang pengetahuan ilmu belum dapat menyatakan secara positif apakah roh itu sesungguhnya.

Ilmu hanya baru dapat mengetahui gejala- gejala atau manufestasi dan peristiwanya sahaja iaitu akal yang akan dipandang sebagai fungsi roh. Jadi pengetahuan ilmu belum dapat menjawab pertanyaan tentang maut secara tepat dan pasti.

Maka sekarang, pertanyaan itu diajukan kepada yang ketiga iaitu pengetahuan filsafat. Persoalan maut masuk kedalam bidang metafisika. Kesemuanya dapat dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu serbazat serbaruh.

Serbazat beranggapan bahawa segala sesuatu itu hakikatnya adalah materi atau zat. Jadi manusia segala sesuatunya tidaklah lain daripada kerja. Menurut filsafat ini lagi, berhentinya jasmani berfungsi atau bekerja sesudah mati yidah terjadi apa- apa lagi dan manusia kembali menjadi hal yang sejajar dengan sampah.

Sebaruh beranggapan bahawa segala sesuatu itu adalah ahkikat dan berasal serta kembali kepada roh. Kepercayaan ini menjurus kepada adanya dewa atau tuhan. Filsafat Hindu vedanta menyebut berahman adalah jiwa atau roh yang ada dalam diri manusia.

Sumber lain manusia adalah sumber tuhan. satu- satunya sumber yang tahu tentang rahsia apa yang terkandung oleh mati. Tuhan itu maha kuasa. Hidup dan mati adalah ciptaanNya. Agama itu terbahagi kepada dua iaitu agama kebudayaan dan agama langit.

Agama kebuyaan adalah agama hasil faset kebuyaan dan kepercayaan antara hubungan manusia dengan yang maha ghaib. Contoh Hindu dan Budha. Agama langit adalah agama yang diturinkan dari langit iaitu Tuhan. Agama ini bukanlah hasil kebuyaan manusia. Contoh dari agama langit adalah agama Yahudi, Nasrani dan agama Islam.

Sekarang penelitian kita rujukan kepada agama lagit terakhir iaitu Islam. Kitab suci Islam ialah Al-Quran. Ayat- ayatnya dituliskan bedasarkan lisan Nabi Muhammad SAW. perkara ini diperhatikan oleh Jibril. Naskah Al- Quran pertama yang ditulis dibawah pengawasan Jibril.

Jawapan Islam tentang masalah yang kita persoalkan adalah manusia itu adalah jasmani dan rohani, zat dan roh. Mula- mula asal kejadian manusia adalah zat. Al- Quran menyebutkan ialah ‘ Dialah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian itu dari setitis air mani kemudian itu dari darah beku kemudian itu dikeluarkan sebagai bayi kemudian dibentuknya dan ditiupkan kedalamnya sebahagian dari rohnya. Dan dijadikan untuk kamu pendengaran, penglihatan dan fikiran’. Surah As-sajadah ayat 9.

Maut adalah terpisah roh dan zat. Jasmani tanpa mengandungi roh didalamnya kerana kehilangan hayat. Jasmani yang tidak beerti apa- apa itu segera dimasukkan kedalam kubur kerana badan yang terdiri daripada sel- sel akan mebusuk dalam udara yang terbuka.

Jasmani yang dikuburkan akan menjadi materi. Selepas 40 hari, ia menjadi tanah. Roh itu akan masuk kedalam barzakh. Tentang alam baezakh Allah menerangkan dalam Al-Quran dan dibalik mereka itu ada barzakh. Tempat berkumpul atau tempat perhentian arwah yang sudah mati. Sebelum dibangkitkan kembali menjadi bertubuh. (surah al- mukminun ayat 100)

Pengertian maut menurut Islam adalah bukan sahaja berpisah roh dari jasad tetapi juga masuknya roh ke alam barzakh. Matinya yang ditatpkan oleh Allah iaitu waktu Allah memasukkan roh orang yang mati kea lam barzakh saat itulah waktu yang ditentukan Allah sendiri mematikan orang itu.

Pada waktu itu, datanglah hari kiamat hati manusia dibangkitkan dari kubur masing- masing iaitu berkumpul, diperiksa dan diperhitungkan amal perilaku masing- masing. Hari kiamat itu dimulai dari peniupan sangka kala yag kedua oleh Israfil dan berakhir sehingga menetapnya manusia itu di syurga atau neraka. Bila dimulainya itu adalah mutlak pengetahuan Allah semata. Pada hai kiamat itu manusia akan diadili dan mesti dipertaggungjawabkan tingkah laku perbuatan di atas dunia. Sekiranya baik kerjanya, maka akan banyaklah pahalanya dan sebaliknya. Tetapi sekiranya kerja baik lebih sikit dari kerja buruknya maka ia akan diberi ganjaran neraka dan siksaan yang kekal abadi tidak terhingga.

Maka barang sesiapa yang membuat kebaikan sebesar zarah nescaya ia akan melihat dan merasai ganjarannya. ( surah al zalzalah ayat 7)

MATI BESAR MATI KECIL

Yang dimaksudkan dengan mati besar ialah mati kerana telah sampai ajalnya. Yang disebut ajal musamma. Adapun yang dimaksudkan dengan mati kecil ialah tidur. Dari mati kecil iaitu tidur tidak jarang orang yang telah sampai ajal nya langsung menjadi mati besar.

Antara cerita yang dapat kita kongsi bersama ialah seperti berikut.

Seorang guru setelah selesai melakukan memberitahu kepada isterinya akan tidur lebih dahulu. Subuh- subuh sebagaimana biasa isterinya bangun terlebih dahulu untuk solat subuh dan mempersiapkan sarapan. Dia merasakan hairan terhadap suaminya kerana hari telah terang tetapi suaminya belum bangun untuk sola tsubuh lalu disuruh salah seorang anaknya untuk membangunkan tetapi anaknya yang tidak mengerti itu memberitahu ibunya bahawa bapanya tidak mahi bangun sehingga si ibu sendirilah pergi membangunkannya. Alangkah terkejutnya hamper- hamper dia pengsan kerana suaminya suaminya telah tiada lagi. Sudah maninggal dunia. Jadi dari tidur mati kecil menjadi mati besar.

Sebagai seorang muslim, mengingatkan kejadian seperti ini maka baiklah sebelum tidur mangadakan persiapan- persiapan seperlunya untuk menghadapi kemungkinan akan mengalami mati besar seperti diatas.

SEBAB- SEBAB DIADAKAN DOA SEEBELUM DAN SESUDAH TIDUR

Andai kata tidur yang disebut mati kecil itu berbalik menjadi mati besar bilamana tidak menjadi mati besar dan bangun pada keesokan harinyr kita mengucapkan Alhamdulillah sebagai terima kasih kepada Allah.

Hidup itu pada hakikatnya memang satu istirehat jadi memang sudah menjadi kewajipan bila mana hendak tidur dimulai dengan nama Allah SWT yang telah mengizinkan itu dan sesudah mengecapi nikmat istirehat tadi lalu memujinya.

Selain itu kita jangan lalai bahawa syaitan yang menjadi musuh nyata kita. Tetap memain peranan untuk menyesatkan kita dalam segala hal lebih- lebih lagi dalam hal tidur. Ia sentiasa berusaha sekuat tenaga agar kita mati dalam kesesatan.

Syaitan dalam memainkan dalam peranan terhadap manusia pada ketika atau sebelum dan sesudah tidur.

SIAPAKAH MALAIKAT MAUT ITU?

Sebelum ajal berpantang mati pada hakikatnya yang menghidupkan dan mematikan itu adalah arahan Allah. Tuhan telah memerintahkan untuk menguruskan segalanya kepada malaikat. Diantara malaikat yang terbesar ialah Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail. Alankah banyaknya orang yang tidak kenal kepada malaikat maut ini iaitu Izrail. Sebagaimana firman Allah,

“semua jiwa yang bernafas itu akan merasai mati, kami akan menguji kamu dalam pelbagai kejahatan dan kebaikan sebagai fitrah dan kelak kamu akan dikembalikan kepada kami’ surah al- Anbiya ayat 35

Tuhan yang mengambil jiwa manusia itu ketuka wafatnya dan ketika tidurnya lalu ditahan jiwa yang lahir sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya hal itu menjadi bukti bagi kaum yang suka menggunakan fikirannya. Surah az zumar ayat 45.

Selanjutnya dalam hadis Ibnu Abi Hatim disebutkan bahawa pada suatu ketika Nabi SAW menyaksikan malaikat maut sedang mencabut nyawa salah seorang sahabatnya dari golongan Ansar. Nabi berkata ‘ wahai malaikat maut, haraplah berlemah lembut terhadap sahabatku kerana dia adalah seorang mukmin, malakat maut menjawab ya Muhammad, tenang dan bergembiralah kerana saya tetap berlaku lemah lembut terhadap semua orang mukmin. Demi Allah ya Muhammad, meskipun tidak boleh melakukan tugas saya mencabut nyawa kalau tidak diperintahkan oleh Allah. Demikianlah Izrail melakukan tugasnya dengan penuh disiplin dan ikhlas tidak memandang taraf dan tidak mengira waktu.

BAGAIMANA RASA MATI?

Apakah enak rasanya sehingga orang banyak berduyung pergi ke sana tanpa kembali? Riwayat Nabi Musa ketika telah wafat.

Allah bertanya kepada beliau bagaimana rasanya mati. Nabi Musa menjawab, ‘saya merasa burung pipit yang masih hidup dilemparkan kedalam sebuah kuali dimana minyak goreng di dalamnya sedang mendidih tidak segera lekas mati agar ia terus dapat istirehat dan tidak pula ia dapat bebas terbang tetaoi menggelepar terus’ demikian lah gambaran mati. Antara firman lain diesebutkan jua ‘sesengguhnya mati itu lebih dasyat rasanya dari pukulan beberapa pedang dan gesekan potongan gergaji dan potongan gunting.

INGATLAH AKAN MATI

Oleh kerana kita yakin bahawa mati itu tidak mudah tapi adalah satu penyakit yang dasyat dan lebih lagi ialah suatu siksaan maka kita sebabgi umat Islam sering diseur supaya selalu ingat akan malaikat maut. Selaian sebagai pendorong untuk selalu membersihkan diri dari dosa. Merasai diri dari dosa untuk bersiap –sedia untk merasai mati.

Alam barzakh iaitu waktu menunggu di kuburan yang kita sendiri tidak pesti sampai bila tempohnya kita disana. Segingg lah saat kita dibangkitkan pada hari akhrat kelak.

HIKMAH MENGIGATI MATI

Supaya sifat bahamiah iaitu sfat binatang jinak dan sifat sabuiyah iaitu sifat binatang buas yang ada pada kita manusiaini dapat dihapuskan.

Mengingati mati juga sebenarnya secara tidak langsung dapat mendorong kita untuk memperbanyakkan kita melakukan perbuatan amal makruf dan nahi mungkar sebagai bekalan di masa hadapan.

Ingat akan mati juga mendorong kita supaya berlaku zuhud dalam dunia ini.

Disamping itu dengan mengingati mati kita juga mendorong kita menjauhi larangan Tuhan seperti melakukan kedurhakaan dan maksiat, juga merasakan ringan segala merbahaya dan bala percubaan yang dideritanya di atas dunia ini.

USAHA MENGINGATI MATI

Salah satu diantara usaha agar kita selalu ingat akan mati ialah suka melihat atau menyaksikan orang yang sedang sakaratul maut. Saksikanlah bagaimana orang tersebut sedang bergelut dengan malaikat maut yang sedang dalam proses mencabut nyawa. Saksikanlah bagaimana badannya menggeletar seperti ayam dipotong kerana menahan rasa sakit. Kadang- kala kulit bergerak- gerak kerana ditinggalkan oleh darah sebagai akibat dari rohnya diasingkan dan dipisahkan dari jasadnya dari tubuhnya. Saksikanlah itu semua dengan penuh perhatian dan pandangan mata tauladan dan contoh yang baik dan diserapkan dalam jiwa bahawa kita juga akan mengalami sedemikian juga kelak. Ulamak menerangkan pencabutan nyawa itu dilakukan dari hujung kaki. Oleh kerana itu, maka kita lihat bahawa yang paling dulu terkulai daripada anggota badannya ialah kedua belah kakinya dan kita raba terasalah dinginnya. Kemudian pencabutan nyawanya berjalan terus keatas hinggan lututnya, pehanya, pinggangnya lalu kelihatan bergelombang sedikit, berombak dan beralun pada perutnya, dadanya, tengkoraknya maka disini tertutuplah pintu taubatnya.

Demikianlah pencabutan nyawa berjalan terus hingga tiba pada mulutnya atau lidahnya. Jadi ingatlah mati bukanlah hanya dengan kata- kata sepanjang masa atau setiap waktu tetapi mengingati mati hendaklah dilakukan dengan pemikiran dan gambaran bagaimana kehebatan peristiwanya dan keajaiban Allah Taala.

Dalam hubungan suka mengunjungi dan menyasikan orang dalam sakit, bilamana kita sendiri dihinggapi penyakit hendaklah kita selalu ingat akan kelanjutannya iaitu mati kerana penyakit itu adalah utusan malaikat maut atau teguran dan peringatan dari Allah.

Sebagaimana peringatan Allah bahawa Allah akan berkata pada hari kiamat kelak ‘wahai anak Adam, aku pernah sakit tetapi engkau tidak mengunjungiku’. Maka kata anak Adam tersebut ‘wahai Tuhanku, bagaimana saya akan mengunjungiku padahal Engkau sendiri adalah Tuhan sekelian alam. Lalu diterngkan oleh Tuhan ‘apakah engkau tidak tahu bahawa saudara itu telah jatuh sakit tetapiengkau tidak dating mengunjunginya. Apakah engkau tidak tahu bahawa kalau engkau tidak mengunjunginya engkau akan dapati aku berada disitu. Yakni engkau akan mendapat pahala dan rahmatku yang besar di situ.

Apabila orang itu mengunjungi saudaranya yang sedang sakit kalau dwaktu pagi maka ia dilindungi oleh 70, 000 malaikat sehingga petang. Dan kalau hal itu dilakukan pada waktu petang ia dilindungi oleh 70, 000 malaikat sehingga subuh.

Barang siapa yang menyembunyikan demamnya sehari yang dderitai olehnya, Allah mengeluarkan dari dosa seolah- olah baru keluar dari perut ibunya. Dan Allah tuliskan kebebasannya dari api neraka dan Allah tutup rahsianya seperti mana ia telah menutup dugaan Allah di dunia.

HAL- HAL YANG MELUPAI MATI.

Banyak sekali hal- hal yang menjadikan kita lupa akan mati. Hal- hal itu dalam ilmu tasawuf merupakan penyakit- penyakit batin lebih mendalam dari kitab dalam ilmu tersebut.

Antaranya, cinta dunia, cinta harta, cinta kemegahan, cinta kepimpinan, suka ria, lobal, rakus, suka dipuji, disanjung, suka tertipu dalam hal yang palsu dan banyak bercita- cita yang bukan- bukan.

Sebagaimana firman Allah ‘hitunglah dirimu didalam dunia ini seolah- olah engkau perantau anak dagang yang akan meneruskan perjalanan.

Apabila engkau berada di waktu pagi, janganlah engkau bertempoh menunggu petang. Dan bila engkau berada pada waktu petang, janganlah engaku bertempoh menunggu pagi. Ambillah kesempatan hidupmu sebagai bekalan setelah mati dan manfaatkanlan kesempatan sihatmu dikala sakit.

KESIMPULAN

Wahai orang- orang yang beriman, janganlah harta- harta dan anak- anak kalian melalaikan kalian dari mengingti Allah. Barang siapa yang berbuat demikian mereka itulah orang yang rugi.

Dan berbelanjalah sebahagian apa yang telah kami kurniakan kepada kamu sebelum datangnya mati kepada saudara kamu kerana bilamana mati telah datang baru kamu akan berkata ‘Ya Tuhanku, mengapa engkau tidak menagguhkan kematianku sampai waktu yang dekat sebab dengan begitu dapat bersedekah dan termasuk menjadi orang yang soleh.

Pendek kata, sedapat mungkin sebelum tiba saat malaikat maut hendaknya segala sesuatu telah siap dan beres sehingga apabila mati sudah tidak menyesal lagi. Semoga Allah SWT mempermudahkan kita untuk melaksanakan hal ini.

Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Mashitah Binti Mamat