Isnin, 4 Oktober 2010

Kehidupan Rasulullah

Disediakan oleh: Siti Nor Afilah Bt. Fauzi

KEMULIAAN PERIBADI RASULULLAH SAW

Baginda adalah Muhammad bin Abdullah bin abdul Mutallib bin Hasyim bin AbdulManaf.

KELAHIRAN RASULULLAH SAW

Baginda dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah. Hari Isnin adalah hari yang dirahmati. Ibnu Abbas Radhiyallah anhu berkata:Rasullah dilahirkan pada hari Isnin, diangkat menjadi Nabi pada hari Isnin, keluar berhijrah dari Makkah ke Madinah pada hari Isnin dan mengangkat Hajarul Aswad pada hari Isnin pula.

Dikatakan bahawa baginda dilahirkan dalam kaadaan yang sudah dikhatan dan diputuskan ari-arinya.

Pada malam kelahiran baginda, banyak perkara-perkara aneh dan ganjil berlaku. Antaranya adalah banyak berhala-berhala yang bergelimpangan jatuh dari tempat-tempatnya dan keluar sinar cahaya yang menerangi sampai ke istana-istana di negeri syam. selain itu bergoncangnya istana kisra dan padamnya api yang selama ribuan tahun tidak pernah padam.

PENGASUH DAN IBU SUSU RASULULLAH SAW

Wanita pertama yang menyusui rasulullah adalah ibunya sendiri iaitu Aminah, lalu disusui pula olehThuwaibah Al-Aslamiyah selama beberapa hari. Thuwaibah adalah hamba sahaya Abu Lahab yang telah dibebaskannya ketika memberi khabar kepadanya tentang kelahiran Rasulullah SAW.

Ibnu Mandah telah menggolongkan Thuwaibah ini sebagai salah seorang sahabat. Dalam hal ini terdapat perbezaan pendapat antara ahli ilmu. Thuwaibah pernah datang mengadap Rasulullah setelah baginda berkahwin dengan Siti Khadijah Radhiyallahu anha. Maka Rasulullah menghormati dan memuliakan kedatangannya, begitu juga Siti Khadijah. Setelah berhijrah, Rasulullah sering mengirim pakaian dan lainnya untuk menjalinkan silaturrahim dengannya hingga ia wafat.

Kemudian Rasulullah disusui oleh Halimah binti Abi Dzuaib Assa’diyyah. Baginda dibawa ke desanya di pedalaman Tho’if pada suku Bani Sa’ad. Di sana Rasulullah menetap empat tahun menurut riwayat yang sahih. Ketika menyusukan Rasulullah itu, Halimah mendapat banyak kebaikan, iaitu, rezeki yang melimpah ruah yang dikurniakan oleh Allah.

Puteri Halimah Asaidiyah yang bernama Syaima’ turut mengasuh bersama ibunya. Setelah kejadian pembelahan dada Rasulullah oleh Malaikat, maka baginda dikembalikan semula kepada ibunya, ketika berusia lima tahun.

Rasulullah juga pernah diasuh oleh Ummu Aiman yang diwarisinya dari ayahnya. Setelah dewasa, Rasulullah membebaskannya lalu dikahwini oleh Zaid Bin Haritsah.

Ketika Rasulullah berusia enam tahun, baginda dibawa oleh ibunya ke Kota Madinah Al-Munawarah, bersama mereka pada saat itu Ummu Aiman yang mengasuhnya. Tujuan mereka ke sana adalah untuk menziarahi pak cik-pak cik dari pihak ibunya dari suku Bani An Najjar. Mereka tinggal disitu beberapa bulan, setelah itu mereka kembali pulang.

Dalam perjalanan pulang Siti Aminah jatuh sakit hingga meninggal dunia dan dikebumikan di Abwaa’. Maka pulanglah Rasulullah dibawa oleh Ummu Aiman kembali ke Makkah untuk diserahkan kepada datuknya Abdul Mutalib. Dikatakan bahawa sesudah itu mayat ibunya dibawa ke Makkah dan dikuburkan disana.

Setelah usia Rasulullah 8 tahun, datuknya pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya Abu Thalib, sesuai dengan wasiat datuknya. Maka Abu Thaliblah yang menjadi pelindungnya dari semua musuh-musuhnya, dan ia sangat menyayangi Rasulullah. Berkat memelihara Rasulullah itu, maka Abu Thalib yang sebelumnya seorang yang miskin, kini menjadi kaya dan mempunyai banyak harta.

Apabila usia baginda mencapai 12 tahun, baginda berangkat menuju ke Syam. Di pertengahan jalan, pakciknya mendapatkan peringatan dari pendeta Bukhaira. Maka pak ciknya membawanya kembali ke Makkah, kerana takut akan gangguan dari orang-orang Yahudi.

Pada kali kedua, Rasulullah berangkat kembali ke negeri Syam bersama-sama Maisarah, sahaya Siti Khadijah, membawa dagangan Siti Khadijah alaihissalam.

TANDA-TANDA KENABIAN

Tanda-tanda kenabian yang pertama sekali yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah:

1)Pembelahan dada

Pertama sekali hal ini dialami oleh Rasulullah adalah ketika baginda masih kecil, dan berada di bawah asuhan Halimah. Ketika itu usia baginda baru empat tahun, sepertimana yang diriwayatkan melalui hadis sahih.

Pada kali kedua, baginda dibelah dadanya ketika berumur sepuluh tahun. Pada kali ketiga, tatkala baginda didatangi oleh Jibril yang datang membawa wahyu ketika baginda diangkat menjadi Nabi. Dan kali keempat, adalah pada malam baginda di Isra’kan, sebagaimana yang diriwayatkan di dalam dua kitab hadis yang sahih.

Ketahuilah, bahawa semua riwayat tentang pembelahan dada dan pengeluaran hati Rasulullah ini adalah merupakan hal yang wajib untuk dipercayai.

2)Simbol Kenabian

Simbol kenabian ini termasuk pula tanda-tanda kenabian. ada beberapa pendapat tentang sifatnya. Yang paling masyur adalah yang mengatakan bahawa ia berbentuk seperti telur burung dara, iaitu, berupa segumpal daging yang menonjol dipunggungnya, pada bahu sebelah kiri, yang mengeluarkan cahaya dan menimbulkan kehebatan serta berbau wangi.

3)Mimpi yang baik

Mimpi yang baik ini juga termasuk dalam tanda-tanda kenabian. Mimpi Rasulullah selalu menjadi kenyataan. Baginda bermimpi melihat sinar, cahaya dan mendengar suara, pohon-pohon dan batu-batan memberi salam kepadanya dan awan yang selalu menaunginya. Itulah merupakan tanda-tanda kenabian Rasulullah, Muhammad SAW.

KEHIDUPAN RASULULLAH

Rasulullah SAW menyuruh para sahabatnya dan orang-orang islam yang ada bersamanya di Mekkah untuk keluar menuju ke Madinah, berhijrah ke sana dan bersatu dengan saudara-saudara mereka dari golongan Anshar. Baginda berkata:”sesungguhnya Allah telah menjadikan bagi kamu saudara-saudara dan tempat-tempat tinggal yang aman di sana. ”

Maka mereka juga keluar dari Kota Makkah, serombongan demi serombongan. Sedangkan Rasulullah sendiri masih tinggal di Makkah, menunggu izin dari Allah untuk keluar dari Makkah berhijrah ke Madinah.

Umar ibnul Khattab, Thalhah, Hamzah, Zaid bin Haritsah, Abdurrahman bin Auf dan yang lain-lain semuanya telah berhijrah. Hijrah telah dilakukan terus-menerus hingga akhirnya tidak ada lagi yang tinggal di Kota Makkah selain yang dipenjara dan di kurung, melainkan Ali bin Abu Thalib dan Abu Bakar As-Siddiq.

Pada suatu hari, Rasulullah datang menemui Abu Bakar, lalu berkata:”sesungguhnya Allah telah memberi izin kepadaku untuk pergi berhijrah”.

Maka Abu Bakar berkata:”perlu ditemani, ya Rasulullah?”. Rasulullah menjawab:”ya”.

Lantas menangislah Abu Bakar kerana gembira. Kemudian dia menyediakan dua kenderaan yang sebelumnya memang telah dipersiapkannya untuk perjalanan ini. Dia meminta Abdullah bin Uraiqaah menjadi penunjuk jalan bagi mereka berdua.

Rasulullah dan Abu Bakar keluar dari Makkah secara bersembunyi. Abu Bakar menyuruh anaknya, Abdullah bin Abu Bakar agar menyelidik dan mendengar apa yang dikatakan oleh orang-orang di Makkah tentang mereka berdua. Mereka juga memerintahkan kepada sahayanya Amir bin Fuhairah untuk mengembala kambing-kambingnya di waktu siang dan memberikannya kepada mereka pada waktu malam. Sedangkan Asma’ binti Abu Bakar membawakan masakan untuk mereka.

Akhirnya mereka sampailah ke gua Thur, lantas mereka memasukinya. Ketika mereka baru saja masuk, tiba-tiba Allah mengutus seekor labah-labah membuat sarangnya di antara gua itu dan pohon yang ada di atasnya, hingga tertutuplah Rasulullah dan Abu Bakar di dalam gua itu dari pandangan orang luar. Dan Allah juga memerintahkan kepada sepasang burung dara untuk membuat sarangnya di antara sarang labah-labah.

Orang-orang musyrikin akhirnya dapat menjejaki Rasulullah yang menuju kea rah gua Thur tersebut. Namun Allah menghalangi maksud jahat mereka, hingga mereka merasa ragu-ragu dan bimbang tatkala melihat sarang labah-labah yang menutupi seluruh pintu gua itu. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:

“Maka Allah menurunkan ketenangannya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang tidak kamu melihatnya. ” AT-TAUBAH:40

Sedangkan di dalam gua, ketika Abu Bakar melihat langkah orang-orang Musyrikin di luar sana, ia berkata:”Ya Rasulullah, seandainya salah seorang dari mereka mengangkatkan kakinya, pasti ia dapat melihat kita. ”

Rasulullah menjawab dengan tenang:”Bagaimana pendapat mu tentang dua orang yang ketiganya adalah Allah. ’

Hal itu diungkapkan Allah dalam firmannya yang bermaksud:

“Sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:’janganlah kamu takut dan berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita. ’ AT-TAUBAH:40

Setelah orang-orang kafir Quraisy tidak menemui Rasulullah, akhirnya mereka menawarkan hadiah seratus ekor unta bagi orang yang berjaya menangkap Rasulullah, hidup atau mati.

Rasulullah dan Abu Bakar tinggal di dalam gua itu selama tiga malam, setelah itu mereka bertolak menuju ke Madinah. Bersama mereka berdua adalah Amir bin Fuhairah dan seorang penunjuk jalan yang telah diupah oleh Rasulullah. Mereka mengambil jalan melalui pesisir

CABARAN RASULULLAH SAW DALAM MENGEMBANGKAN AGAMA ISLAM

1)Kebijaksanaan Nabi Muhammad Menangani Masalah Masyarakat


Tidak pernah terputus pergaulan Nabi Muhammad dengan penduduk Kota Makkah, juga pergaulan dalam kehidupan bermasyarakat sehari harian. Pada masa itu masyarakat sedang sibuk kerana bencana banjir besar dan gunung menimpa dan meratakan dinding-dinding kaabah yang memang sudah rapuh kerana umurnya hampir mencapai 6000 tahun, dibangun oleh Nabi Ibrahim semasa hidupnya.

Kaabah itu kemudiannya di baiki secara gotong-royong oleh penduduk Makkah. Tetapi berlaku pertelingkahan apabila mahu meletakkan Hajar Aswad atau batu hitam di tempatnya semula. Tiba-tiba muncullah Abu Umaiyah bin Mughirah dari Bani Makhzum, iaitu orang yang tertua diantara mereka yang dihormati dan dipatuhi. Beliau berkata, ”serahkan keputusan ini di tangan orang yang pertama memasuku pintu Shafa ini”. Mereka semua setuju dengan usul itu.

Ketika mereka melihat Muhammad adalah orang yang pertama memasuki tempat itu, mereka berseru, ”Inilah Al- Amin, kami dapat menerima keputusannya, ”. Mereka menceritakan situasinya kepada Nabi Muhammad.

Bermulalah pekerjaan memindahkan Hajar Aswad itu. Muhammad meminta kepada setiap ketua suku agar ikut serta mengangkat dan memindahkan Hajar Aswad itu. Nabi Muhammad menghamparkan serbannya dan meletakkan Hajar Aswad itu di tengah-tengahnya dan meminta setiap ketua setiap suku kaum memegang tepi kain dan mengangkatnya bersama-sama. Mereka menyambut ajakan Muhammad itu dengan perasaan senang.

2)Gua Hira Tempat Nabi Muhammad Menerima Wahyu Pertama

Semenjak zaman kanak-kanak, Muhammad sentiasa memiliki budi luhur yang murni dan terpuji. Sekalipun ia tidak pernah melakukan perkara yang keji yang umum dilakukan oleh bangsanya khususnya dalam masalah peribadatan kepada tuhan yang mana mereka menyembah berhala yang di buat daripada batu.

Melihat kerosakan yang menimpa umatnya itu, hati Muhammad timbul perasaaan sedih sehingga tertanam dalam kalbunya suatu cita-cita yang teguh hendak membersihkan ala mini dari kebusukan-kebusukan itu. Saat usianya mendekati umur 40 tahun, timbullah dalam dirinya keinginan untuk berkhalwat(menyepi).

Sering kali dan kadang-kadang sampai berhari-hari ia mengasingkan diri dari kekalutan yang memenuhi negeri, berpindah ke suatu tempat yang sepi di dalam sebuah gua batu yang bernama Gua Hira, beberapa kilometer dari utara Makkah. Gua tersebut gelap dan sempit dan terletak di lereng gunung.

Berkhalwatlah Muhammad di gua itu. Tiba-tiba, pada suatu malam, tarikh 17 Ramadhan tahun ke 40 kelahirannya, gua itu menjadi terang-benderang yang menerangi seluruh ruangan dalam gua itu. Pada saat itulah turunlah suatu makhluk dari langit yang berbentuk manusia dengan kecepatan yang luar biasa kencangnya, lalu menghampiri Muhammad seraya berkata:Bacalah!Dengan perasaan takut Muhammad menjawab;saya tidak dapat membaca.

Ia merasa seolah malaikat mencekiknya, kemudian melepaskan lagi seraya berkata;Bacalah!Masih dalam ketakutan akan di cekik lagi Muhammad menjawab;saya tidak dapat membaca. Selanjutnya malaikat itu memeluk Nabi Muhammad hingga beliau sedikit susah untuk bernafas, lalu malaikat itu melepaskannya seraya berkata bermaksud:

“Bacalah dengan (menyebut) nama tuhan mu yang menciptakan, dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama tuhanmu yang pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ” (Al-Alaq)

Setelah tersedar dari kejadian itu, Muhammad lari keluar dari gua dan melihat ke langit. Tampaklah di depan pandangannya suatu bentuk manusia yang besar. Orang besar itu berseru kepada Muhammad, ”Wahai Muhammad!kamu adalah Rasul Allah dan aku ini adalah Jibrail. ”

Setelah rupa malaikat itu menghilang, Muhammad pulang dalam kaadaan sudah berisi wahyu yang disampaikan padanya, hatinya berdebar-debar ketakutan. Dijumpainya Khadijah seraya berkata”selimuti aku, ”ia segera diselimuti. Tubuhnya menggigil seperti sedang demam. Setelah reda ketakutannya, dipandangnya isterinya dengan pandangan mata untuk mendapatkan kekuatan. Kemudian diceritakan semuanya tentang apa yang telah berlaku.

Selanjutnya, untuk lebih mententeramkan diri suaminya, pagi-pagi lagi Khadijah pergi ke rumah seorang pendeta Kristian, Warkah bin Naufal namanya. Setelah mendengar apa yang diceritakan oleh Khadijah, ia berkata:”saudaraku, jangan khuatir, suamimu telah terpilih sebagai Rasul Allah. Allah telah berbicara dengannya, sebagaimana dia berbicara dengan Musa di gunung Tursina. ”

3)Dakwah Rasulullah Secara Sembunyi-Sembunyi

Beberapa bulan kemudian Jibrail muncul lagi menyampaikan wahyu menyuruh Muhammad untuk memulai memimpin hamba Allah ke jalan yang benar, jalan yang diredhai oleh Allah. Wahyu tersebut bermaksud:

“Hai orang yang berkemul(berselimut)bangunlah lalu memberi peringatan!” (Surah Al-Muddatsir:1-2)

Turunnya wahyu tersebut membuat nabi lebih mantap. Kini ia telah bersiap sedia untuk menerangkan tentang hakikat kebenaran kaadaan manusia. Rasulullah memulakan tugasnya menegakkan kebenaran secara sembunyi-sembunyi di lingkungan rumahnya sendiri. Khadijah, isterinya yang setia itulah yang mula-mula beriman kepadanya. Dengan pengetahuannya yang luas dan dan sempurna tentang keindahan budi pekerti dan kebenaran semua perkataan dan pekerjaan Nabi Muhammad. Ia yakin bahawa Nabi Muhammadlah orang yang layak menerima perintah Allah bagi memimpin ummat manusia.

Selanjutnya adalah Zaid bin Haritsah anak angkat Nabi sendiri, seorang hamba yang dimerdekakan oleh Nabi. Kasih sayangnya lebih dari bapanya sendiri. Waktu bapanya datang hendak membawanya pulang ke kampong setelah ia merdeka, ia menyatakan ia lebih suka tinggal bersama dengan Nabi. Cintanya kepada Nabi adalah semata-mata kerana kebenaran dan kesucian Nabi menyebabkan dengan mudah ia menjadi seorang muslim.

Kemudian menyusul pula Ali bin Abi Thalib. Ia mengetahui benar kejujuran dan kebenaran Nabi kerana semenjak kanak-kanaknya, ia sepermainan dengan Nabi. Selain daripada itu, di antara penduduk Makkah yang mula-mula masuk islam adalah Abu Bakar, teman akrab Nabi semenjak kecil. Ia senang sekali kepada Nabi, kerana sudah diketahui benar bahawa ia seorang yang bersih, jujur dan dapat dipercayai. Oleh kerana itu, orang dewasa pertama yang diajaknya menyembah Allah dan meninggalkan menyembah berhala adalah Abu Bakar. Ia juga adalah lelaki pertama yang tempat ia mengemukakan isi hatinya akan segala yang dilihat serta wahyu yang diterimanya. Abu Bakar tidak ragu-ragu lagi memenuhi ajakan Muhammad dan beriman pula dengan ajakannya itu.

Mereka berempat itu merupakan orang-orang yang beriman kepada kenabian serta kerasulan Nabi Muhammad. Oleh kerana itu mereka disebut “Assabiquunal Awwalun:. Mereka itu adalah Siti Khadijah, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Haritsah dan Abu Bakar. Keempat-empat orang ini ditambah pula dengan Nabi Muhammad itulah yang kemudiannya memiliki tekad yang kuat dan semangat yang kental untuk memperkenalkan dan menyebarkan ajaran islam kepada seluruh ummat manusia. Mereka dengan jumlahnya yang sedikit itu secara sembunyi-sembunyi berkumpul di rumah Nabi Muhammad untuk mempelajari tentang ajaran yang dibawanya.

4)Perlaksanaan Dakwah Secara Terbuka

Dalam tempoh tiga tahun lamanya Rasulullah berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Mulai tahun ke -4 kerasulan Muhammad baginda berdakwah secara terang-terangan. Adapun yang menjadi dasar hukum daripada pelaksanaan dakwah secara terang-terangan tersebut adalah firman Allah yang bermaksud:

“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang musyrik. ” (Al-hijr:94)

Dakwah tentang nilai-nilai hidup yang disampaikan oleh Muhammad adalah bertentangan sekali dengan tradisi Arab yang feudal dan meterialistik pada waktu itu. Setiap hari nescaya ada saja orang yang memeluk islam menyerahkan diri kepada Allah.

Sikap dan budi serta semangat setiap orang yang menggabungkan diri ke dalam agama ini sungguh menakjubkan. Lebih-lebih mereka yang tidak terpesona oleh pengaruh dunia perdagangan untuk sekadar melepaskan renungan akan apa yang telah diserukan kepada mereka. Mereka sudah melihat Muhammad yang sudah bercukupan, baik dari harta Khadijah atau hartanya sendiri.

4)Nabi Muhammad menghadapi cabaran

Apabila muncul suatu gerakan yang rela memikul beban menyiarkan kebenaran dalam kalangan umat yang telah binasa, biasanya muncul disana suatu golongan yang memusuhi gerakan itu.

Demikianlah pula dengan pemimpin Quraisy yang melakukan kempen mengerahkan orang ramai menentang dakwah Rasulullah. Bermacam-macam perkara dilakukan oleh mereka untuk menghalang Rasulullah menyebarkan islam. Mereka telah pergi berjumpa dengan bapa saudara nabi, Abu Thalib supaya menyuruh Nabi Muhammad berhenti menyebarkan islam. Mereka juga mengugut untuk membunuh Nabi Muhammad.

Sementara itu, pendirian Nabi tetap tegas, tidak akan berundur ke belakang lagi. Setelah gagal memujuk Abu Thalib, mereka terus memujuk Nabi Muhammad dengan menawarkan pelbagai ganjaran seperti pangkat dan kedudukan serta isteri muda yang jelita. Dengan tegas Rasulullah menjawab”Demi Allah, kalaupun mereka meletakkan matahari di tangan di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, dengan maksud supaya aku meninggalkan tugas ini, sungguh tiada aku tinggalkan, biar Allah yang membuktikan kemenangan itu, atau aku binasa kerananya. ”

Setelah usaha itu gagal, mereka menggunakan kekerasan pula. mereka menyiksa, memukul pemeluk agama islam dari golongan miskin. Setiap suku juga diminta menghukum dan menyiksa anggota keluarga yang masuk islam sampai murtad kembali. Ummul Jamil isteri Abu Jahal, melempar kotoran ke depan rumahnya, tetapi Muhammad cukup dengan membuangnya saja.

5)Peristiwa Israk dan Mikraj

Pada suatu malam di saat baginda sedang tidur di rumah Ummi Hani binti Abu Thalib, datanglah Malaikat Mikail dan ditemani seorang malaikat pengawal menemui nabi. Tujuannya Allah untuk menjemput Nabi dan dan akan di ajak berisrak’ dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsha di Palestin.

Dalam suatu riwayat diceritakan bahawa perjalanan Nabi dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha tersebut dengan menaiki Buraq. Mi’raj adalah perjalanan Nabi dari Masjidil Aqsha di Palestin naik ke langit tertinggi untuk mengadap Allah SWT.

Peristiwa ini telah menggemparkan masyarakat Makkah. Kebanyakan ummat islam mempercayai nabi. Mereka selalu yakin akan kebenaran setiap perkataan Nabi. Ada juga di kalangan mereka yang tidak mempercayai nabi.

MUKJIZAT RASULULLAH

Firman Allah SWT“Dan tidak boleh seseorang Rasul mendatangkan satu tanda(mukjizat) melainkan dengan izin Allah. ” (Al-Mu’min:78)

Di dalam fasal ini, terdapat beberapa perkara mukjizat yang terbit dari Nabi Muhammad. Mukjizat itu pada zahirnya kelihatan dengan dongengan, tetapi kendaklah di ketahui, bahawa dongengan itu riwayat atau cerita rekaan, ta mukjizat ini adalah yang dinyatakan dalam kitab-kitab hadith yang sahih.

Kaki Yang Patah

Di Khaibar ada seorang ketua Yahudi bernama Abu Rafi’. Ia selalu menghasut supaya kaumnya suka memerangi kaum muslimin. Nabi Muhammad kirim sati angkatan ramainya lima orang untuk membunuhnya yang diketuai oleh Abdullah bin Abi Atik. Dengan tipu dayanya, dapat Abdullah ini membunuh Abu Rafi’, tetapi waktu keluar dari rumah Abu Rafi’, ia jatuh dari tangga lalu kakinya patah.

Setelah sampai di Madinah, Nabi Muhammad menyuruhnya ulurkan kakinya, lalu disapu dan diusapkan kaki itu. Di waktu itu juga Abdullah tersebut tidak merasa sakit lagi dan sembuh, seolah-olah tidak pernah patah.

Mata Yang Terkeluar

Dalam peperangan Uhud, mata seorang sahabat yang bernama Qatadah bin An-Nu’man, kena panah hingga biji matanya terletak di atas pipinya. Lalu Nabi Muhammad memasukkannya semula, maka jadilah ia lebih baik dan lebih terang dari mata yang satu lagi.

Tangisan Kayu

Nabi Muhammad biasanya berkhutbah dengan bersandar di sebatang kayu kurma yang ada di Masjid. Tetapi setelah dibuat mimbar dan ia tidak lagi berkhutbah sambil bersandar kepadanya, maka meraunglah kayu itu dengan sedih hingga orang ramai turut menangis, dan tidak berhenti ia dari raungannya, hingga Nabi Muhammad datang mendekatinya dan meletakkan tangan padanya.

Pohon Mendatangi

Ada seorang Arab gunung meminta Nabi Muhammad tunjukkan kepadanya satu tanda supaya jadi sebab bagi hidayatnya, maka Nabi Muhammad suruh ia panggil salah satu pohon yang ada dekat situ. Ia panggil dan itupun datang berdiri di hadapan Nabi Muhammad, kemudian dengan satu isyarat, kembalilah ia di tempatnya.

Gugurnya berhala-berhala

Di masjid Makkah mengandungi 360 berhala, kerana tiap-tiap satu kabilah atau golongan dari kaum Arab mempunyai satu berhala. Berhala-berhala itu di tanam pangkalnya, dan dikuatkan dengan batu dan bibebat dengan timah. Pada hari kaum islam tundukkan Makkah, Nabi Muhammad masuk ke masjid dan mengisyaratkan dengan satu tongkat terhadap berhala-berhala itu, maka seketika itu juga gugurlah tiap-tiap berhala itu, ke depan atau ke belakang menurut isyaratnya.

WAFATNYA RASULULLAH SAW

Rasulullah SAW dalam usia enam puluh tiga tahun. Pada hati Isnin waktu Dhuha, tanggal 12 Rabiul Awwal. Sebelumnya baginda sakit selama empt belas hari, dan baginda di kebumikan pada malam Rabu.

Pada detik-detik kematiannya, baginda memasukkan tangannya pada satu tempat air yang ada di sisinya. Lalu mengusapkannya pada wajah seraya berkata:”Ya Allah, bantulah aku dalam sakaratul maut!”. Baginda memakai kain selimut dari bulu hitam.

Para sahabat bingung, Umar tidak percaya mendengar wafatnya Rasulullah yang disayangi, Uthman menjadi bisu, Ali terduduk. Tidak ada yang tetap hatinya menghadapi kematian Rasulullah itu selain Abbas dan Abu Bakar.

Para sahabat berbeza pendapat tentang cara memandikan bagingaApakah harus tetap dalam pakaiannya atau dilepaskan?Maka Allah menidurkan mereka, lalu terdengar suara mengatakan, ”Mandikanlah ia dalam pakaiannya!”. Ketika mereka bangun, mereka melaksanakan perintah itu. Yang memandikan baginda ialah Ali dan Abbas dan kedua anaknya Al-Fadl dan Qatsam, serta kedua sahayannya Utsaamah dan Syaqrann. Dihadiri oleh Aus bin Khouly dari golongan Anshar. Ketika Ali mengusap perut baginda, tidak ada satu pun yang keluar, maka berkatalah Ali”Ya Rasulullah, tuan hidup dan mati dalam kaadaan suci. ”

Baginda dikafani dalam tiga lapis kain putih, tanpa kemeja atau serban, tetapi dalam lipatan kain yang tidak berjahit. Orang-orang muslim menyembahyangkannya satu persatu tanpa berjemaah. Dalam kuburnya dibentangkan satu lembar beluru merah, dan ditutupi di atasnya dengan sembilan batu-bata.

Orang yang menggalikan kubur Nabi Muhammad adalah Abu Thalhah. Nabi Muhammad di tanam di rumah Siti Aisyah. Dikuburkan di situ pula Abu Bakar Ash-Shiddiq Radiyallaahua

Penutup

Kesimpulan daripada Kisah Hidup Nabi Muhammad SAW adalah kita sebagai ummatnya haruslah menghargai segala penat lelah Rasulullah dan para sahabat yang berpenat lelah untuk menyebarkan agama islam yang murni lagi suci ini. Untuk ini, kita hendaklah sentiasa mengingati Rasulullah dengan berselawat ke atas baginda SAW. Kita juga hendaklah mengamalkan segala suruhan yang disuruh oleh baginda dan meninggalkan larangannya. Jika kita berpegang teguh dengan ajaran islam ini, Insyaallah hidup kata mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT.

Pengajaran yang dapat kita contohi daripada cerita ini adalah kita hendaklah sabar dalam menempuh sagala dugaan hidup dan hendaklah kita jangan mudah berputus asa terhadap segala kesusahan yang dihadapi. Contohnya, Nabi Muhammad tidak pernah berputus asa dalam menyebarkan ajaran islam walaupun pelbagai dugaan dan cabaran dihadapi oleh baginda. Contohnya tentangan daripada pihak kafir Quraisy yang berniat untuk menghancurkan agama islam ini.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran dari buku ini untuk dijadikan pegangan hidup kita. Dan sentiasa melakukan apa yang telah diperintahkan kepada kita dan meninggalkan segala larangannya.

Wallahua’lam

Maut Dan Segala Persoalannya

APAKAH ITU MATI

Untuk menjawab pertayaan ini kiranya dapat kita ambil dari dua sumber iaitu sumber manusia dan sumber lain dari manusia iaitu tuhan.

Sebagaimana yang kita tahu bahawa mansia itu ialah makhluk yang beragama dan berkebudayaan sebab itu manusia adalah makhluk yang dianugerahi akal fikiran. oleh kerana ia mempunyai akal maka ia menjadi sumber pengetahuan. pengetahuan itu berdasarkan tiga pengetahuan iaitu pengetahuan indera, pengetahuan ilmu dan pengetahuan filsafat.

Pengetahuan indera hanya dapat dijawab secara sederhana sekali iaitu mati itu ialah terhentinya jasmani berfungsi iaitu bernafas, perjalanan darah, gerak fikiran, perasaan, tenaga dan lain- lain.

Maka sekarang, pertanyaan itu kita ajukan kepada yang kedua iaitu pengetahuan ilmu yang tenaga dan kemampuannya lebih besar dan nilai kebenarannya lebih tinggi dari pengetahuan indera. Kemampuan pengetahuan ilmu terletak dalam penelitian segala sesuatu yang konkrit serta peristiwa yang nyata maka dilakukanlah penelitian terhadap penyakit sakaratul maut dan mayat. Lalu dapatlah disimpulkan bahawa maut itu disebabkan rosaknya jasmani atau bahagian yang berfungsi.

Penelitian dilajutkan lagi dan ternyata bahwa manusia itu memiliki kehidupan rohani yang menunjukkan adanya roh. Ilmu meneruskan penyelidikan tentang roh tetapi hanya sekarang pengetahuan ilmu belum dapat menyatakan secara positif apakah roh itu sesungguhnya.

Ilmu hanya baru dapat mengetahui gejala- gejala atau manufestasi dan peristiwanya sahaja iaitu akal yang akan dipandang sebagai fungsi roh. Jadi pengetahuan ilmu belum dapat menjawab pertanyaan tentang maut secara tepat dan pasti.

Maka sekarang, pertanyaan itu diajukan kepada yang ketiga iaitu pengetahuan filsafat. Persoalan maut masuk kedalam bidang metafisika. Kesemuanya dapat dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu serbazat serbaruh.

Serbazat beranggapan bahawa segala sesuatu itu hakikatnya adalah materi atau zat. Jadi manusia segala sesuatunya tidaklah lain daripada kerja. Menurut filsafat ini lagi, berhentinya jasmani berfungsi atau bekerja sesudah mati yidah terjadi apa- apa lagi dan manusia kembali menjadi hal yang sejajar dengan sampah.

Sebaruh beranggapan bahawa segala sesuatu itu adalah ahkikat dan berasal serta kembali kepada roh. Kepercayaan ini menjurus kepada adanya dewa atau tuhan. Filsafat Hindu vedanta menyebut berahman adalah jiwa atau roh yang ada dalam diri manusia.

Sumber lain manusia adalah sumber tuhan. satu- satunya sumber yang tahu tentang rahsia apa yang terkandung oleh mati. Tuhan itu maha kuasa. Hidup dan mati adalah ciptaanNya. Agama itu terbahagi kepada dua iaitu agama kebudayaan dan agama langit.

Agama kebuyaan adalah agama hasil faset kebuyaan dan kepercayaan antara hubungan manusia dengan yang maha ghaib. Contoh Hindu dan Budha. Agama langit adalah agama yang diturinkan dari langit iaitu Tuhan. Agama ini bukanlah hasil kebuyaan manusia. Contoh dari agama langit adalah agama Yahudi, Nasrani dan agama Islam.

Sekarang penelitian kita rujukan kepada agama lagit terakhir iaitu Islam. Kitab suci Islam ialah Al-Quran. Ayat- ayatnya dituliskan bedasarkan lisan Nabi Muhammad SAW. perkara ini diperhatikan oleh Jibril. Naskah Al- Quran pertama yang ditulis dibawah pengawasan Jibril.

Jawapan Islam tentang masalah yang kita persoalkan adalah manusia itu adalah jasmani dan rohani, zat dan roh. Mula- mula asal kejadian manusia adalah zat. Al- Quran menyebutkan ialah ‘ Dialah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian itu dari setitis air mani kemudian itu dari darah beku kemudian itu dikeluarkan sebagai bayi kemudian dibentuknya dan ditiupkan kedalamnya sebahagian dari rohnya. Dan dijadikan untuk kamu pendengaran, penglihatan dan fikiran’. Surah As-sajadah ayat 9.

Maut adalah terpisah roh dan zat. Jasmani tanpa mengandungi roh didalamnya kerana kehilangan hayat. Jasmani yang tidak beerti apa- apa itu segera dimasukkan kedalam kubur kerana badan yang terdiri daripada sel- sel akan mebusuk dalam udara yang terbuka.

Jasmani yang dikuburkan akan menjadi materi. Selepas 40 hari, ia menjadi tanah. Roh itu akan masuk kedalam barzakh. Tentang alam baezakh Allah menerangkan dalam Al-Quran dan dibalik mereka itu ada barzakh. Tempat berkumpul atau tempat perhentian arwah yang sudah mati. Sebelum dibangkitkan kembali menjadi bertubuh. (surah al- mukminun ayat 100)

Pengertian maut menurut Islam adalah bukan sahaja berpisah roh dari jasad tetapi juga masuknya roh ke alam barzakh. Matinya yang ditatpkan oleh Allah iaitu waktu Allah memasukkan roh orang yang mati kea lam barzakh saat itulah waktu yang ditentukan Allah sendiri mematikan orang itu.

Pada waktu itu, datanglah hari kiamat hati manusia dibangkitkan dari kubur masing- masing iaitu berkumpul, diperiksa dan diperhitungkan amal perilaku masing- masing. Hari kiamat itu dimulai dari peniupan sangka kala yag kedua oleh Israfil dan berakhir sehingga menetapnya manusia itu di syurga atau neraka. Bila dimulainya itu adalah mutlak pengetahuan Allah semata. Pada hai kiamat itu manusia akan diadili dan mesti dipertaggungjawabkan tingkah laku perbuatan di atas dunia. Sekiranya baik kerjanya, maka akan banyaklah pahalanya dan sebaliknya. Tetapi sekiranya kerja baik lebih sikit dari kerja buruknya maka ia akan diberi ganjaran neraka dan siksaan yang kekal abadi tidak terhingga.

Maka barang sesiapa yang membuat kebaikan sebesar zarah nescaya ia akan melihat dan merasai ganjarannya. ( surah al zalzalah ayat 7)

MATI BESAR MATI KECIL

Yang dimaksudkan dengan mati besar ialah mati kerana telah sampai ajalnya. Yang disebut ajal musamma. Adapun yang dimaksudkan dengan mati kecil ialah tidur. Dari mati kecil iaitu tidur tidak jarang orang yang telah sampai ajal nya langsung menjadi mati besar.

Antara cerita yang dapat kita kongsi bersama ialah seperti berikut.

Seorang guru setelah selesai melakukan memberitahu kepada isterinya akan tidur lebih dahulu. Subuh- subuh sebagaimana biasa isterinya bangun terlebih dahulu untuk solat subuh dan mempersiapkan sarapan. Dia merasakan hairan terhadap suaminya kerana hari telah terang tetapi suaminya belum bangun untuk sola tsubuh lalu disuruh salah seorang anaknya untuk membangunkan tetapi anaknya yang tidak mengerti itu memberitahu ibunya bahawa bapanya tidak mahi bangun sehingga si ibu sendirilah pergi membangunkannya. Alangkah terkejutnya hamper- hamper dia pengsan kerana suaminya suaminya telah tiada lagi. Sudah maninggal dunia. Jadi dari tidur mati kecil menjadi mati besar.

Sebagai seorang muslim, mengingatkan kejadian seperti ini maka baiklah sebelum tidur mangadakan persiapan- persiapan seperlunya untuk menghadapi kemungkinan akan mengalami mati besar seperti diatas.

SEBAB- SEBAB DIADAKAN DOA SEEBELUM DAN SESUDAH TIDUR

Andai kata tidur yang disebut mati kecil itu berbalik menjadi mati besar bilamana tidak menjadi mati besar dan bangun pada keesokan harinyr kita mengucapkan Alhamdulillah sebagai terima kasih kepada Allah.

Hidup itu pada hakikatnya memang satu istirehat jadi memang sudah menjadi kewajipan bila mana hendak tidur dimulai dengan nama Allah SWT yang telah mengizinkan itu dan sesudah mengecapi nikmat istirehat tadi lalu memujinya.

Selain itu kita jangan lalai bahawa syaitan yang menjadi musuh nyata kita. Tetap memain peranan untuk menyesatkan kita dalam segala hal lebih- lebih lagi dalam hal tidur. Ia sentiasa berusaha sekuat tenaga agar kita mati dalam kesesatan.

Syaitan dalam memainkan dalam peranan terhadap manusia pada ketika atau sebelum dan sesudah tidur.

SIAPAKAH MALAIKAT MAUT ITU?

Sebelum ajal berpantang mati pada hakikatnya yang menghidupkan dan mematikan itu adalah arahan Allah. Tuhan telah memerintahkan untuk menguruskan segalanya kepada malaikat. Diantara malaikat yang terbesar ialah Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail. Alankah banyaknya orang yang tidak kenal kepada malaikat maut ini iaitu Izrail. Sebagaimana firman Allah,

“semua jiwa yang bernafas itu akan merasai mati, kami akan menguji kamu dalam pelbagai kejahatan dan kebaikan sebagai fitrah dan kelak kamu akan dikembalikan kepada kami’ surah al- Anbiya ayat 35

Tuhan yang mengambil jiwa manusia itu ketuka wafatnya dan ketika tidurnya lalu ditahan jiwa yang lahir sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya hal itu menjadi bukti bagi kaum yang suka menggunakan fikirannya. Surah az zumar ayat 45.

Selanjutnya dalam hadis Ibnu Abi Hatim disebutkan bahawa pada suatu ketika Nabi SAW menyaksikan malaikat maut sedang mencabut nyawa salah seorang sahabatnya dari golongan Ansar. Nabi berkata ‘ wahai malaikat maut, haraplah berlemah lembut terhadap sahabatku kerana dia adalah seorang mukmin, malakat maut menjawab ya Muhammad, tenang dan bergembiralah kerana saya tetap berlaku lemah lembut terhadap semua orang mukmin. Demi Allah ya Muhammad, meskipun tidak boleh melakukan tugas saya mencabut nyawa kalau tidak diperintahkan oleh Allah. Demikianlah Izrail melakukan tugasnya dengan penuh disiplin dan ikhlas tidak memandang taraf dan tidak mengira waktu.

BAGAIMANA RASA MATI?

Apakah enak rasanya sehingga orang banyak berduyung pergi ke sana tanpa kembali? Riwayat Nabi Musa ketika telah wafat.

Allah bertanya kepada beliau bagaimana rasanya mati. Nabi Musa menjawab, ‘saya merasa burung pipit yang masih hidup dilemparkan kedalam sebuah kuali dimana minyak goreng di dalamnya sedang mendidih tidak segera lekas mati agar ia terus dapat istirehat dan tidak pula ia dapat bebas terbang tetaoi menggelepar terus’ demikian lah gambaran mati. Antara firman lain diesebutkan jua ‘sesengguhnya mati itu lebih dasyat rasanya dari pukulan beberapa pedang dan gesekan potongan gergaji dan potongan gunting.

INGATLAH AKAN MATI

Oleh kerana kita yakin bahawa mati itu tidak mudah tapi adalah satu penyakit yang dasyat dan lebih lagi ialah suatu siksaan maka kita sebabgi umat Islam sering diseur supaya selalu ingat akan malaikat maut. Selaian sebagai pendorong untuk selalu membersihkan diri dari dosa. Merasai diri dari dosa untuk bersiap –sedia untk merasai mati.

Alam barzakh iaitu waktu menunggu di kuburan yang kita sendiri tidak pesti sampai bila tempohnya kita disana. Segingg lah saat kita dibangkitkan pada hari akhrat kelak.

HIKMAH MENGIGATI MATI

Supaya sifat bahamiah iaitu sfat binatang jinak dan sifat sabuiyah iaitu sifat binatang buas yang ada pada kita manusiaini dapat dihapuskan.

Mengingati mati juga sebenarnya secara tidak langsung dapat mendorong kita untuk memperbanyakkan kita melakukan perbuatan amal makruf dan nahi mungkar sebagai bekalan di masa hadapan.

Ingat akan mati juga mendorong kita supaya berlaku zuhud dalam dunia ini.

Disamping itu dengan mengingati mati kita juga mendorong kita menjauhi larangan Tuhan seperti melakukan kedurhakaan dan maksiat, juga merasakan ringan segala merbahaya dan bala percubaan yang dideritanya di atas dunia ini.

USAHA MENGINGATI MATI

Salah satu diantara usaha agar kita selalu ingat akan mati ialah suka melihat atau menyaksikan orang yang sedang sakaratul maut. Saksikanlah bagaimana orang tersebut sedang bergelut dengan malaikat maut yang sedang dalam proses mencabut nyawa. Saksikanlah bagaimana badannya menggeletar seperti ayam dipotong kerana menahan rasa sakit. Kadang- kala kulit bergerak- gerak kerana ditinggalkan oleh darah sebagai akibat dari rohnya diasingkan dan dipisahkan dari jasadnya dari tubuhnya. Saksikanlah itu semua dengan penuh perhatian dan pandangan mata tauladan dan contoh yang baik dan diserapkan dalam jiwa bahawa kita juga akan mengalami sedemikian juga kelak. Ulamak menerangkan pencabutan nyawa itu dilakukan dari hujung kaki. Oleh kerana itu, maka kita lihat bahawa yang paling dulu terkulai daripada anggota badannya ialah kedua belah kakinya dan kita raba terasalah dinginnya. Kemudian pencabutan nyawanya berjalan terus keatas hinggan lututnya, pehanya, pinggangnya lalu kelihatan bergelombang sedikit, berombak dan beralun pada perutnya, dadanya, tengkoraknya maka disini tertutuplah pintu taubatnya.

Demikianlah pencabutan nyawa berjalan terus hingga tiba pada mulutnya atau lidahnya. Jadi ingatlah mati bukanlah hanya dengan kata- kata sepanjang masa atau setiap waktu tetapi mengingati mati hendaklah dilakukan dengan pemikiran dan gambaran bagaimana kehebatan peristiwanya dan keajaiban Allah Taala.

Dalam hubungan suka mengunjungi dan menyasikan orang dalam sakit, bilamana kita sendiri dihinggapi penyakit hendaklah kita selalu ingat akan kelanjutannya iaitu mati kerana penyakit itu adalah utusan malaikat maut atau teguran dan peringatan dari Allah.

Sebagaimana peringatan Allah bahawa Allah akan berkata pada hari kiamat kelak ‘wahai anak Adam, aku pernah sakit tetapi engkau tidak mengunjungiku’. Maka kata anak Adam tersebut ‘wahai Tuhanku, bagaimana saya akan mengunjungiku padahal Engkau sendiri adalah Tuhan sekelian alam. Lalu diterngkan oleh Tuhan ‘apakah engkau tidak tahu bahawa saudara itu telah jatuh sakit tetapiengkau tidak dating mengunjunginya. Apakah engkau tidak tahu bahawa kalau engkau tidak mengunjunginya engkau akan dapati aku berada disitu. Yakni engkau akan mendapat pahala dan rahmatku yang besar di situ.

Apabila orang itu mengunjungi saudaranya yang sedang sakit kalau dwaktu pagi maka ia dilindungi oleh 70, 000 malaikat sehingga petang. Dan kalau hal itu dilakukan pada waktu petang ia dilindungi oleh 70, 000 malaikat sehingga subuh.

Barang siapa yang menyembunyikan demamnya sehari yang dderitai olehnya, Allah mengeluarkan dari dosa seolah- olah baru keluar dari perut ibunya. Dan Allah tuliskan kebebasannya dari api neraka dan Allah tutup rahsianya seperti mana ia telah menutup dugaan Allah di dunia.

HAL- HAL YANG MELUPAI MATI.

Banyak sekali hal- hal yang menjadikan kita lupa akan mati. Hal- hal itu dalam ilmu tasawuf merupakan penyakit- penyakit batin lebih mendalam dari kitab dalam ilmu tersebut.

Antaranya, cinta dunia, cinta harta, cinta kemegahan, cinta kepimpinan, suka ria, lobal, rakus, suka dipuji, disanjung, suka tertipu dalam hal yang palsu dan banyak bercita- cita yang bukan- bukan.

Sebagaimana firman Allah ‘hitunglah dirimu didalam dunia ini seolah- olah engkau perantau anak dagang yang akan meneruskan perjalanan.

Apabila engkau berada di waktu pagi, janganlah engkau bertempoh menunggu petang. Dan bila engkau berada pada waktu petang, janganlah engaku bertempoh menunggu pagi. Ambillah kesempatan hidupmu sebagai bekalan setelah mati dan manfaatkanlan kesempatan sihatmu dikala sakit.

KESIMPULAN

Wahai orang- orang yang beriman, janganlah harta- harta dan anak- anak kalian melalaikan kalian dari mengingti Allah. Barang siapa yang berbuat demikian mereka itulah orang yang rugi.

Dan berbelanjalah sebahagian apa yang telah kami kurniakan kepada kamu sebelum datangnya mati kepada saudara kamu kerana bilamana mati telah datang baru kamu akan berkata ‘Ya Tuhanku, mengapa engkau tidak menagguhkan kematianku sampai waktu yang dekat sebab dengan begitu dapat bersedekah dan termasuk menjadi orang yang soleh.

Pendek kata, sedapat mungkin sebelum tiba saat malaikat maut hendaknya segala sesuatu telah siap dan beres sehingga apabila mati sudah tidak menyesal lagi. Semoga Allah SWT mempermudahkan kita untuk melaksanakan hal ini.

Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Mashitah Binti Mamat

Kejatuhan Bangsa Arab Dan Revolusi Islam

Mengimbas Ke Zaman Silam

Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Muhajirin dan Ansar telah bekerja keras membina sebuah kerajaan Islam di Madinah selepas peristiwa hijrah. Setelah wafatnya Baginda SAW, Saidina Abu bakar as siddiq dan Saidina Umar al khattab, telah terjadi atau lebih tepat lagi telah bermulanya fitnah terhadap umat Islam yang didalangi oleh Abdullah bin Sabak yang berlagak seperti seorang yang alim dan warak. Beliau berjaya memecahbelahkan umat Islam kepada 2 puak yang bertentangan iaitu puak yang menyokong kepimpinan Saidina Ali dan satu lagi puak memihak kepada Saidina Uthman. Abdullah bin Sabak berpura-pura menyokong Saidina Ali dan dengan lantang menyatakan bahawa Ali lebih layak menjadi khalifah Islam pada masa itu berbanding Uthman yang dipilih pada ketika itu. Hinggalah pada satu ketikaUthman dibunuh oleh pemberontak yang didalangi Abdullah bin Sabak. Ketika itu terdapat kira-kira 6000 orang pemberontak di Madinah. Ketua-ketua pemberontak itu sebulat suara melantik Ali bin Abu Thalib menggantikan Uthman sebagai khalifah.
Melihat pada keadaan yang kucar-kacir ini, bani Umaiyah dan Muawiyah bin Abi Sofian yang pada ketika itu berkedudukan sebagai gabenor di Syria (meliputi Syria, Palestin, Lubnan dan Jordan sekarang) mengambil kesempatan dengan kononnya berjuang menuntut bela atas kematian Uthman dan memerangi Ali. Tambahan pula Ali gagal mengadili kematian sahabatnya itu iaitu Uthman. Ini adalah kerana Uthman dibunuh pemberontak manakala Ali sendiri dilantik oleh pemberontak itu. Kesudahannya tercetuslah perang saudara pertama dalam Islam diantara Ali dan Muawiyah. Ali hampir menang dalam perang itu tetapi Muawiyah yang pintar mengatur strategi lebih bijak memperdayakan Ali dengan menjunjung al-Quran dan menyeru ummah kem, bali pada ajaran Allah dan Rasul-Nya. Ali terpaksa menghentikan perang itu untuk berunding. Oleh sebab itu, sebuah golongan telah keluar dari barisan tentera Ali golongan ini kemudiannya digelar Khawarij yang menentang Ali dan Muawiyah kerana bagi mereka kedua-dua tokoh ini menjadi punca perpecahan umat Islam. Mereka melihat Ali, Muawiyah dan Amru bin Ash sebegai tokoh yang perlu ditentang dan dibunuh. Tetapi mereka hanya berjaya membunuh Ali. Setelah wafatnya Ali, Hasan bin Ali dilantik sebagai pengganti. Beliau digelar Imam Hasan oleh penyokong Ali iaitu Syiah.
Imam Hasan mahu mengelakkan terjadinya kekacauan sekali lagi lantas menyerahkan gelaran khalifah kepada Muawiyah. Tetapi pada masa yang sama Muawiyah dikatakan menggunakan harta dan pelbagai janji manis demi mendapatkan jawatan itu. Setelah berkuasa, Muwiyah mencabul konsep republik yang diteraskan oleh Rasulullah SAW dengan menjadikan jawatan khalifah sebagai hak keturunannya.

PERIHAL MAZHAB SYIAH
Pembantu Ali bin Abi Thalib atau lebih dikenali sebagai syiah asalnya adalah sebuah gerakan politik yang membela dan mempertahankan Saidina Ali. Gerakan ini berpecah-belah kepada puak-puak tertentu seperti Sabaiyah, Kaisaniyyah, Zaidiyah dan Imamiyyah (imam 12). Golongan imam 12 dari sudut fiqh menekankan kepada mazhab ahlil bait atau kemudiannya dikenali sebagai mazhab Jaafariyah. Mazhab ini diasaskan oleh Jaafar bin Muhammad Baqir bin Ali bin Hussain bin Ali bin Abu Thalib iatu imam yang ke 12 dalam susunan imam 12.
Jaafar bin Muhammad Baqir ini juga dikenali sebagai Asshadiq berkhidmat sebagai guru di Madinah yang mengajar berasaskan al-Quran dan hadis dari ahli bait sahaja. Antara muridnya ialah Imam Malik bin Anas iaitu Imam besar mazhab Maliki dan Imam Abu Hanifah iaitu Imam besar mazhab Hanafi. Tetapi ajaran Jaafariyah lari daripada ajaran Islam sebenar kerana mempercayai bahawa imam mereka adalah maksum walhal sifat maksum dikurniakan Allah SWT kepada rasul dan nabi-Nya sahaja. Satu lagi perkara mengenai ajaran ini ialah lafaz syahadah mereka yang agak berbeza iaitu...
La Ilalahaillallah Muhammadun Rasulullah Aliyun Waliullah Wasi o Rasulullah

Lafaz ini membuktikan betapa setianya mereka kepada Saidina Ali. Bagi mereka Ali adalah Imam agung mereka yang pertama. Di sini dapat saya senaraikan 12 Imam-Imam yang disanjungi oleh golongan ini.
1. Ali bin Abu Thalib
2. Hassan bin Ali
3. Husain bin Ali
4. Ali bin Husain(atau lebih dikenali sebagai Zainul Abidin)
5. Muhammad bin Ali bin Hassan
6. Jaafar bin Muhammad Baqir
7. Musa bin Jaafar
8. Ali bin Musa bin Jaafar
9. Muhammad bin Ali bin Hussain
10. Ali bin Muhammad bin Ali bin Musa
11. Hasan bin Ali bin Muhammad
12. Muhammad bin Hasan bin Ali

Kepercayaan terhadap mazhab ini diperkukuhkan lagi dengan kononnya terdapat sebuah hadis daripada Rasulullah SAW bahawa baginda akan digantikan oleh 12 orang imam yang mana kesemuanya adalah keturunan Quraish. Dalam mazhab ini mereka turut mempercayai bahawa imam mereka yang ke 12 iaitu Muhammad bin Hassan dalah Imam Mahadi yang ditunggu oleh seluruh umat Islam ibunya bernama Narjis Khartum dan beliau ditunggu-tunggu oleh penganut Syiah di Parsi atau dikenali sebagai Iran kini. Untuk menjelaskan serba sedikit tentang kepercayaan penganut syiah ini, dapat saya catatkan sedikit perihal kehidupan beliau.

Beliau dilahirkan pada 15 Syaaban tahun 255 hijrah di kota Samara. Beliau lahir pada tarikh yang sama dengan Nabi Musa AS. Perlu diingat bahawa kelahiran Nabi Musa membawa petanda kehancuran dan kemusnahan empayar firaun laknatullah di Mesir. Seperti juga Nabi Musa, kelahiran beliau juga dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana pemimpin kerajaan bani Abbasiyah ketika itu yang digelar al Mu’tamad mengetahui akan hal ini dan memerintahkan Narjis Khartum ditangkap dan disoal siasat. Demi anaknya Narjis menipu pembesar itu dan beliau dipenjara. Semasa di penjara Narjis dikawal di bawah pengawasan Qadhi Abu Shurap yang diarahkan supaya membunuh anak yang dikandung Narjis selepas dilahirkan kelak. Tidak lama kemudian terjadi sebuah pemberontakan besar dan al-Mu’tamad terlepas pandang mengenai Narjis dan Narjis akhirnya dibebaskan dan perihal anaknya terus dilupakan. Muhammad bin Hassan atau gelarannya iaitu imam suci bagi penganut Syiah disembunyikan ayahnya iaitu Imam Hasan Askari dan sentiasa dibawa kemana-mana sahaja oleh bapanya sejurus dilahirkan. Hari ke duabelas imam suci dilahirkan, bapanya berkata “inilah bakal penggantiku. Kamu semua hendaklah menghormatinya. Dialah yang akan memberi keadilan dan berkat di atas dunia ini. Selepas ini tiada lagi keadilan. ”

Setelah bapanya meninggal duniam, imam Muhammad ghaib dan tidak diketahui kemana menghilangnya.

Menyentuh mengenai hadis yang saya nyatakan sebelum ini, iaitu mengenai hadis Rasulullah SAW mengenai kedudukan imam 12 yang dikatakan sebagai pengganti baginda, tiada kesahihan mengenainya. Jika hadis ini benar, mengapa sahabat Baginda yang paling rapat iaitu Abu Bakar as Siddiq menerima jawatan Khalifah Islam pertama?

KEPINCANGAN DARI SUDUT PERUNDANGAN ISLAM

Bukan sahaja jaran syiah, ajaran Sunnah juga terbahagi kepada beberapa ajaran. Antaranya Mazhab Syafie, Hambali, Hanafi dan Maliki. Oleh itu terdapat percanggahan dari beberapa aspekperundangan Islam didalam kesemua ajaran ini. Sebagai contoh, puak Syiah di Syria yang menggelarkan diri mereka sebagai, ’Alawiyin memerintah Syria dengan dasar Maxis-Lenin atau komunis digelar kafir oleh penganut Syiah yang lain bahkan cendikiawan terkemuka iaitu Ibnu Khaldun turut mengatajan golongan ini kafir.

Imam-imam Besar 4 mazhab utama Ajaran Sunnah ini memainkan peranan dalam kekalutan mengenai perihal undang-undang dalam agama Islam. Oleh itu, wajarlah kiranya kita mengetahui sedikit sebanyak tentang mereka. Seperti yang diketahui, kepakaran keempat-empat tokoh ini bukan hanya pada satu bidang sahaja. Tetapi meliputi pelbagai jurusan ilmu duniawi dan ukhrawi. Mazhab –mazhab inilah yang dikatakan punca perpecahan ummah. Walhal Islam yang dibawa Muhammad SAW sudah cukup sempurna pembawaannya.

Nu’man bin Tsabit lahir di Kufah tetapi berketurunan Parsi. Beliau mempelopori ajaran Mazhab Hanafi yang pertama kalinya diperkembangkan oleh muridnya iaitu Abu Yusuf pegawai undang-undang kerajaan bani Abbasiyah yang dipimpin oleh Harun Aal Rasyid, maka berkembanglah ajaran Hanafi dibawah bendera Abbasiyah. Mazhab iniberkembang sehingga ke Afrika tetapi pda tahun 358, kekuasaan politik di Mesir terjatuh kepada raja-raja yang mendakwa keturunan Fatimah dari Syiah Ismailliyah. Oleh bermbanglah pula ajaran ini. bagaimanapun setelah Mesir berjaya dikuasai oleh Al Ayyubi, Mazhab Syiah dihapuskan dan Mazhab Hanafi kembali ditegakkan.

Dalam pada itu anak murid Imam Malik bin Anas turut bergiat aktif menyampaikan ajaran yang dipelopori guru mereka ke seluruh tanah hijjaz. Kepesatan penyebaran mazhab ini membuatkan penyebar mazhab Hanafi mula terdesak untuk bertapak kembali. Sementara itu di Andalus (Sepanyol) mazhab ini mulai berkembang menggantikan mazhab Imam Al Auza’i. Setelah kukuhnya tapak mazhab ini di Andalus, jawatan dalam mula dipegang oleh pengikut mazhab ini.

Muhammad bin Idris atau lebih dikenali sebagai Imam Syafie lahir pada tanggal 150 hijrah, iaitu tahun yang sama Imam Abu Hanifah meninggal dunia. Beliau murid yang diibaratkan sebagai pembantu kanan Imam Malik dan pernah mengajar menggunakan kitab al mauthok karya Imam Malik. Semasa berada di Baghdad, beliau berbincang dengan ahli-ahli fiqh di sana dan belajar pula ajaran Hanafi. Setelah berada di Mesir, beliau menggubal kedua-dua ajaran ini dan hasilnya timbullah ajaran Syafie. Masjid Amru bin Ash di Mesir menjadi tapak bermulanya ajaran ini.

Ahmad bin Hambal Lahir di Baghad dalam tahun 164 hijrah. Beliau dikenali kerana kekuatan pendiriannya yang tidak mampu diubah oleh sesiapapun. Beliau pernah dipenjarakan kerana menegaskan bahawa al-Quran adalah kalam Allah SWT sedangkan pembesar Abbasiyah pada masa itu menyatakan al-Quran adalah makhluk. Diketahui bahawa beliau sangat hebat mempertahankan sunnah Rasulullah SAW. Mazhab Hambali yang dibawa beliau tertumpu disekitar Iraq dan Syam. Fahaman ini dibawa dari abad ke 3 hirah lagi namun hanya tiba di Mesir kira-kira abad ke 6 hijrah.

Ajaran ini mempunyai seorang yang berpegang teguh dengannya iaitu Taqiuddin ibnu Taimiyyah dan kemudian Muhammad bin Abdul Wahab dari padang pasir Nejad telah mengikut jejaknya. Ajaran ini dibawa dengan jayanya di padang pasir dan bermulalah gerakan wahabi.

AKIBAT PERPECAHAN UMMAH


Kesan daripada perpecahan ini, para Ulama Islam terpecah kepada 2 golongan iaotu yang bekerjasama dengan pemerintah dan yang tidak bekerjasama dengan pemerintah. Golongan yang tidak bersama dengan pemerintah berjuang dengan berlandaskan Quran dan Sunnah. Mereka datang dari ilmu Fiqh oleh itu terciptalah pelbagai mazhab baru. Ulama yang memihak pada pemerintah pula asyik dengan peperangan saudara sedang musuh diluar mencipta pelbagai kejayaan dalam bidang-bidang yang lain.

Perbezaan pendapat mengenai Ketuhanan, roh dan akhirat menguatkan lagi perpecahan ini. Walhal di zaman Nabi Muhammad SAW, hal ini tidak pula ditimbulkan. Mereka telah cukup dengan al Quran. Seperti yang telah termaktub dalam al Quran,

“ itulah kitab yang tiada sebarang keraguan padanya, yakni petunjuk bagi orang-orang yang mahu berbakti. Yakni (mereka) yang percaya kepada yang ghaib (Allah, malaikat, akhirat, dan sebagainya. ) dan mendirikan solat dan membelanjakan (mengeluarkan zakat) sebahagian dari apa-apa yang kami (Allah) kurniakan kepada mereka. Dan yang percaya kepada segala apa yang diturunkan kepada kamu (Muhammad) dan kepada segala yang diturunkan terdahulu daripadamu, dan mereka sungguh-sungguh percaya kepada akhirat (iaitu kehidupan semula di alam yang lain dari dunia yang fana ini). Atas mereka itulah petunju Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan (disisi Allah)”. ;Al Baqarah ayat 2 hingga 5

Akibat dari perpecahan ini, ulama Islam terpecah lagi kepada 2 kelompok iaitu yang menerima pengajaran tasawwuf dan tharikat. Ibnu Taimiyah, iaitu seorang pemimpin di zaman itu bertindak memerangi golongan tasawwuf dan mengajak umat Islam kembali pada ajaran sebenar berpandukan al Quran dan as Sunnah. Ini kerana beliau berpendapat bahawa ajaran tasawwuf lebih banyak merugikan ummah daripada menguntungkan. Ini kerana ajaran ini hanya mementingkan urusan akhirat sahaja walhal Islam itu sendiri adalah bersifat menyeluruh.

Sekadar merenung kembali ajaaran sebegini, umat Islam yang terlalu cenderung terhadap ajaran ini tentunya akan melupakan terus urusan duniawi seperti teknologi dan sains. Oleh itu amat rugi kiranya umat Islam terus ketinggalan dan membiarkan golongan kafir terus meninggalkan kita dalam menguasai cabang ilmu tersebut.

MENANTI MAHDI DAN MUSUH TERULUNG

Seperti yang telah dijanjikan Rasulullah SAW, musuh umat Islam yang terulung bernama Dajjal akan menampilkan diri bagi menyesatkan umat islam. Tetapi turut diperkatakan Baginda adalah kemunculan sang penyelamat iaitu Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa bagi menegakkan kembali keadilan dan perpaduan ummah.

Difahamkan Dajjal ialah sekumpulan orang Yahudi yang menguasai politik, ekonomi dan memecahbelahkan umat Islam dan Kristian dan juga melahirkan fahaman komunis yang dahulunya berpusat di Rusia (zaman Soviet Union). Dajjal telah lama berleluasa dan Yahudi pun telah lama memijakkan kaki ke tanah Palestin yang satu ketika dahulu pernah diharamkan kaki mereka memijaknya.

Timbul pula persoalan dimana pula Imam Mahdi yang ditunggu umat Islam, adakah beliau telah mula menggerakkan jenteranya untuk memerangi golongan kafir. Untuk menyelidiki hal ini, kita perlu melihat perkembangan di tanah arab kerana disanalah letaknya kekuatan umat Islam iaitu minyak. Majoriti minyak dunia terletak disana dan ini boleh dimanipulasi demi kepentingan Islam. Tetapi melihat keadaan sekarang, amat malang sekali terutamanya kerajaan Arab Saudi dilihat tunduk kepada barat dan semakin melupakan tanggujawab terhadap masyarakat Islam. Sesungguhnya Muhammad SAW telah memberi peringatan mengenai hal ini menerusi hadisnya yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah bersumber dari Abu Hurairah

“ apabila orang-orang yang telanjang kakinya, telanjang tubuhnya dan pekerjaannya menggembala kambing, tiba-tiba menjadi ketua-ketua orang ramai, maka itu adalah sebahagian daripada tandanya. Dan apabila para pengembala kambing itu pun bermegah-megah dengan gedung-gedung besar dan bangunan-bangunan bertingkat, maka itu adalah tanda ataupun alamat.

Perlu diingat sejak penemuan emas hitam di tanah arab pada 1936, dajjal-dajal berkebangsaan Amerika Syarikat berlumba-limba masuk ketanah arab menggali hasilnya. Hasilnya dapat kita lihat dengan pesatnya pembangunan di sana tanpa ada teknologi dari kalangan umat Islam dipakai.

Berdasarkan situasi yang berlaku kini, tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang kemunculan sang penyelamat itu tadi tetapi yang nyata Dajjal telah pun muncul dan telah pun berjaya menguasai sebahagian ummah dengan pelbagai jalan songsang. Tetapi dengan keaadan yang semakin meruncing kini, masanya hampir tiba dan siapa tahu beliau mungkin berada dikalangan kita sekarang.

KEBANGKITAN ISLAM

Allah telah memberitahu bahawa kekuasaan di muka bumi ini adalah sesuatu yang digilirkan antara manusia. Ini bermaksud tiada penguasa yang akan terus berkuasa sampai bila-bila. Tidak kira apa bangsa, agama atau pegangan suatu pemerintah itu, ianya tetap akan kehilangan kuasanya kelak. Namun begitu kebangkitan atau revolusi umat Islam adalah sesuatu yang tiada tolok bandingnya. Sebagai contoh kebangkitan pertama umat Islam dengan syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Menerusi al Quran, Allah SWT telah memberi amaran kepada bangsa arab yang memerintah supaya sentiasa tunduk dengan suruhan-Nyadan membelanjakan kekayaan yang dikurniakan kepada mereka semua kejalan Allah. Malah Allah telah memberi amaran kepada mereka bahawasanya Allah akan menggantikan mereka dengan bangsa yang lain sekiranya mereka berpaling daripada Allah SWT.

Para sahabat bingung memikirkan hal ini, sehinggakan mereka bertanya kepada Rasulullah siapa yang akan menggantikan bangsa mereka iaitu bangsa arab untuk mengepalai ummah dan tidak bersikap sama seperti bangsa mereka. Lalu Rasulullah menepuk bahu Salman al Farsi RA dan berkata,

“ Orang ini dan bangsanya! Sekiranya agama ini berada di bintang maka akan dapat digapai oleh pahlawan-pahlawan dari Farsi”

Jelas dari maksud hadis ini diterangkan Allah dan Rasul-Nya bahawa kepimpinan bangsa arab akan digantikan oleh bangsa Farsi yang menetap di Iran pada masa kini.

Menurut konteks sekarang dapat kita lihat walaupun berlainan fahaman daripada kita, negara Iran menjadi antara kuasa besar yang ditakuti musuh Islam. Mereka juga seolah-olah memimpin umat Islam supaya menegakkan kembali syiar Islam yang dipandang rendah sejak kebelakangan ini. Dan boleh kita lihat juga betapa takutnya negara-negara arab terhadap kuasa kafir seperti Amerika Syarikat dan rejim zionis Israel. Kekuatan menerusi emas hitam dipergunakan sepenuhnya negara Iran bagi mempertahankan negara mereka sedangkan negara arab merelakan hasil bumi mereka kurniaan Allah dijamah sesuka hati oleh ejen-ejen 2 negara kafir ini. Malah ada negara arab yang menyokong kemusnahan negara Islam yang lain semata-mata kerana berlainan fahaman sedangkan hanya Allah sahaja yang maha layak mengadili umatnya.

Untuk memperjelaskan lagi mengenai hal ini ingin saya ringkaskan sebuah ayat al Quran dari surah Muhammad ayat 38
1. Kamu ini, hai (orang-orang arab) yang diajak
2. supaya kamu membelanjakan (harta kekayaan yang di anugerahkan kepada kamu)
3. Pada jalan Allah (iaitu menegakkan yang benar menurut ajaran Allah)
4. Tetapi di antara kamu ada orang-orang yang bakhil
5. Barang siapa yang bakhil (untuk jalan Allah, tetapi boros pada jalan syaitan) maka kebakhilan itu hanya membahayakan diri mereka sendiri.
6. Sebenarnya Allah adalah kaya, sedang kamu adalah fakir. (iaitu makhluk yang berkehendak kepada Allah)
7. Sekiranya kamu berpaling, akan diganti (atau ditukarkan oleh Allah untuk mengambil peranan menghayati Islam) dengan satu kaum (bangsa) yang lain daripada kamu. (bangsa arab)
8. Adapun kaum (bangsa) itu tidak (bersikap) seperti kamu. (orang-orang arab)

Sesungguhnya Allah telah berjanji menerusi al Quran dan sesungguhnya janji itu pasti ditunaikan kelak.

SA’AH DAN PERIHAL MAHDI
Umat Islam bolehlah diumpamakan seperti singa tua yang sedang lena diulit mimpi. Kerana sifatnya yang tua maka kerap dipermainkan musuh. Tetapi anggaplah singa itu telah bangun dari tidur yang panjang dan dengan izin Allah akan diberi kekuatan yang baru. Islam akan menguasai bumi melalui konsep ad Din ekonomi dan kekuatan pertahanan.

Namun begitu amat sukar bagi negara arab menerima bangsa Iran sebagai ketua. Oleh itu amat logik kiranya Imam Mahdi yang ditunggu hadir dari kalangan bangsa arab. Ini adalah kerana perkara pertama yang perlu dilaksanakan bagi memperkukuhkan Islam adalah penyatuan ummah itu sendiri.

Menurut sebuah hadis yang yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud tidak akan terjadi Sa’ah (kehancuran) sehingga keluar seorang lelaki dari Khahthan yang akan memimpin manusia dengan tongkatnya. Mulanya kebangkitan Islam pada hemat saya akan berlaku di Iran apabila melihatkan situasi sekarang. Yang nyata Iran akan menjadi perintis dan pembantu kemunculan Mahdi.

Di Iran terdapat kira-kira 600ribu orang (jangkaan pada tahun 1980-an) yang kebanyakannya keturunan Hussain bin Ali. Ini bermakna bangsa Iran adalah bangsa yang banyak menampung keturunan Hussain bin Fatimah binti Muhammad Rasulullah SAW. kebangkitan mereka adalah kebangkitan abad ke 14 belas yang mendapat tiupan semangat baru dengan para ulama intelektual yang menguasai berbagai bidang ilmu. Justeru kebangkitan ini sama sekali tidak sama dengan syiah yang zaman sebelumnya.

Kita pernah digemparkan dengan lintasan komet halley yang mendekati bumi beberapa ketika dulu, mungkinkah ini yang dinamakan Sa’ah yang telah dijanjikan? Perlu diingat bahawa komet ini mampu memusnahkan apa saja dalam laluannya dan dijangka akan menghampiri bumi sekali lagi nanti malah pihak barat sedang giat mengkaji komet ini bagi mengumpul sebanyak mungkin maklumat mengenai komet ini.

Kita tidak perlu panik kerana janji Nabi Muhammad SAW bahawa perkara ini tidak akan terjadi selagi lelaki bernama Mahdi belum keluar menunaikan tanggungjawabnya. Apa yang saya perkatakan mengenai komet halley hanyalah secebis peringatan dari Allah SWT bahawa Sa’ah makin hampir, tetapi perlu diingat ini adalah perkara ghaib yang hanya diketahui-Nya........ wallahhualam

PENUTUP
Alhamdulillah berkat kurnian-Nya saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberi oleh Ustaz Abd Aziz. Segala yang saya ungkapkan dalam penulisan ini adalah hasil pemerhatian saya dan pembacaan saya terhadap perkara tersebut. Tiada manusia biasa yang sempurna, oleh itu pasti akan ada kesilapan yang dipertikaikan umum hasil penulisan ini. Saya memohon jutaan kemaafan jika ada yang kurang senang dengan penulisan ini tetapi ini adalah pendapat peribadi saya yang saya luahkan menerusi naskhah ini.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa saya melihat penganut Syiah di Iran sebagai bangsa yang memulakan revolusi Islam, tetapi jawapannya telah saya tuliskan bersama dengan hadis Rasulullah SAW dan juga dari surah Muhammad. Oleh itu renung-renungkanlah.

Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Nur Akmal B Md Anuar

Panggilan Kubur Dan Alam Akhirat

Pendahuluan:
Buku “panggilan kubur dan alam akhirat”menyingkap dan memaparkan gambaran tentang hakikat yang pasti dihadapi oleh setiap insan. Kematian pasti akan datang dan tiada siapa dapat menyangkalnya. Tajuk ini terdapat beberapa tajuk-tajuk kecil yang dapat membuatkan kita insaf dan membuat kita berfikir tentang tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.
1. Larangan bercita-cita untuk mati dan meminta mati disebabkan masalah yang menimpa harta dan tubuh badan
a)Mati merupakan musibah yang sangat besar, namun musibah yang lebih besar daripada itu ialah merasa lalai tentang kematian dan tidak mahu mati.
b)Rasulullah pernah bersabda; janganlah seseorang dari kamu bercita-cita untuk mati kerana kemudaratan yang menimpanya , jika ia tidak dapat menahan cita-citanya itu maka katalah Ya Allah, hidupkanlah aku jika hidup itu lebih baik untuk aku dan matikanlah aku jika mati itu lebih baik untukku”.
2. Harus bercita-cita dan berdoa untuk mati jika bimbangkan kemusnahan agamanya
a)Diharus untuk mati jika seseorang memohon untuk mati jika hidupnya akan merosakkan agama yang dianutinya iaitu agama islam.
b)Contohnya Maryam AS memohon kematian atas dua sebab iaitu ia bimbang disangka sebagai penjahat lalu menimbulkan keaiban sehingga menyebakkan dalam fitnah. Yang kedua ia bimbang kaumnya akan mengada-adakan cerita menuduhnya berzina dimana ini akan menjadi punca dibinasakan

3. Mengingati mati, kelebihan dan persediaan untuknya
a)Rasulullah pernah bersabda;perbanyakkanlah mengingati perkara y menghancurkan kesedapan. yyakni kematian
b)Kelebihan mengingati kematian ialah mereka yang sentiasa mengingati kematian akan sentasa melakukan amal ibadat yang ikhlas kepada Allah.
4. Perkara yang mengingati kepada mati dan akhirat serta menzuhudkan kehidupan dunia.
a)Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud “aku pernah menghalang kamu daripada menziarahi kubur, maka sekarang ziarahlah kerana ia menimbulkan kezuhudan di dunia dan mengingati kepada akhirat”.
b)Orang yang keras hatinya hendaklah merawat hatinya dengan salah satu daripada 4 cara iaitu;
•Meninggal tabiat buruknya dengan menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu, ilmu yang ada nasihat, zikir dan sebagainya
•Mengingati mati. Dengan mengingati mati. Dengan mengingati mati akan menyebabkan ia mencela segala keseronokan dan meninggalkan rakan-rakan yang melalaikan
•Menyaksikan orang yang sakit mati. Melihat kepada mayat dan menyaksikan kesakitan dan nazaknya serta memerhatikan bagaimana rupanya setelah kematian akan menyebabkan hilang keseronokkanya kearah kemungkaran.
•Langkah-langkah ini akan menyebabkan hati yang keras menjadi lembut


5. Kematian orang mukmin dengan peluh yangkeluar membasahi dahinya
a)Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud “Perhatikan 3 perkara pada mayat ketika saat kematiannya. Jika memercik peluhdahinya dan berair dua matanya dan kering dua bibirnya , maka ia rahmat dari Allah dan jika ia berdengkur seperti orang yang tercekik, merah warnanya dan pucat 2 bibirnya , maka ialah adalah azab dari allah yang turun padanya”
b)Kematianorang mukmin diiringi oleh peluh yang keluar dari dahinya dimana ia mempunyai saki baki dosa lalu ia dibasahi ketika mati dengan disukarkan agar dosanya terhapus.

6. Kematian adalah kifarat terhadap orang mukmin
a)Kifarat bermaksud kesakitan-kesakitan yang menimpa orang islam semasa matinya.
b)Setiap manusia didunia ini akan merasai kematian. sakitnya mati itu bergantung kepada amalannya. jika baik amalannya maka mudahlah nnyawanya dicabut dan jika buruk amalannya maka sukar dan sakitlah nyawanya dicabut

7. Jangan mati melainkan dalam keadaan berbaik sangka dengan Allah
a)Berbaik sangka pada Allah sepatutnya semakin bertambah disaat hampir mati berbanbing dengan waktu sihat iaitu dengan mengharapkan Allah mengasihaninya , menghapuskan dosanya dan memberikan keampunan kepadanya.
b)Orang yang ada dikeliling orang sakit juga hendaklah memperingatkan kepadanya tentang hal yang demikian agar nanti ia termasuk dalam senarai mereka yang disebut oleh Allah.
c)Abdullah bin Mas’ud berkata “tidakkah seorang berbaik sangka dengan Allah melainkan allah memberikan kebaikan kepadanya apa yang disangkanya kerana kebaikan itu berada ditangganya.

8. Orang mati diajar menyebut la ilaha illalah
a)Apabila seseorang telah hampir saat matinya iaitu dalam keadaan nazak, maka ajarlah dia untuk mengucap la ilaha illallah u bekalannya hari akhirat kelak
b)Para ulama mengatakan bahawa mengajar orang yang hampir mati dengan kalimat ini merupakan satu amalan sunnah yang diperolehi dari nabi dan umat-umat islam
c)Orang yang sedang nazak hendaklah berhati-hati dengan godaan syaitan kerana ia akan menganggunya dengan tujuan merosakkan akidahnya.

9. Siapa yang menziarahi simati jangan bercakap sia-sia
a)Apabila menziarahi simati hendaklah berbicara yang baik-baik sahaja kerana malaikat mengaminkan apa yang kita perkatakan.
b)Dengan berbicara perkataan yang baik maka simati akan dapat syafaat daripada itu.

10. Syaitan mendatangi orang yang mati
a)Sebelum nyawa manusia itu dicabut, syaitan akan duduk di sebelah kiri dan kanan untuk menghasut manusia yang akan mati itu.
b)Dengan rahmat Allah jibril datang lalu mengusir syaitan-syaitan dan menyapu kelesuan dari wajahnya lalu ia pun tersenyum

11. Kesudahan yang buruk dan segala amal dikira dengan kesudahan usia
a)Kesudahan yang buruk tidak berlaku tehadap orang yang beristiqamah pada amalan zahirnya dan elok amalan batinnya akan tetapi rosak akalnya atau berterusan melakukan kemungkaran.
b)Seseorang yang melakukan ibadat seperti bergi berazan di masjid maka dirinya mendapat sinaran orang yang beribadat dan jika dia pernah berniat untuk murtad sebelum mati dan belum sempat bertaubat maka dia akan tergolong dalam golongan kafir dan tidak dapat mencium bau syurga.
c)Manusia ditegah menmbangga diri dengan amalan yang dilakukan seperti solat, puasa dan sebagainya

12. Perutusan mati sebelum ajal
a)Malaikat telahpun mengutuskan mati sebelum ajalnya seperti penyakit, uban, tua, pudar pendengaran dan pengelihatan.
b)Oleh itu umat manusia perlu mengambil perutusan itu untuk menambahkan amalannya menuju kematian dan alam yang abadi.

13. Roh-roh saling bertemu di langit
a)Apabila roh orang mukmin dicabut maka ia disambut oleh ahli rahmat dari kalangan hamba-hamba Allah seperti mana mereka menemui orang yang membawa berita gembira di dunia
b)Allah telah menyediakan sebuah tempat dilangit yang ketujuh yang dipanggil dengan nama Baidha’. Disitulah bertemu roh orang mukmin
c)Disana, mereka akan berbual-bual tentang apa yang berlaku didunia.
d)Manusia yang melakukan kebaikan dan amalan akan bergembira dan berkongsi-kkongsi kegembiraan manakala orang yang banyak melakukan kemungkaran akan menangis dan bersedih-sedih melihat orang-orang mukmin.

14. Dimanakah roh apabila ia keluar dari tubuh
a)Roh diangkat oleh malaikat hingga ke hadrat Allah lalu Allah bertanyakan? Jika ia dari golongan yang berbahagia maka allah berfirman kepada malaikat;bawakan dia dan tunjukkan dia di tempatnya iaitu syurga. lalu mereka membawakan dia ke syurga selama jasadnya sedang dimandikan. Maka setelah jasadnya telah dimandikan dan dikaffankan, maka ia kembali menyusup masuk antara jasad dan kaffannya. Apabila ia diusung diatas keranda maka ia terdengar perbualan orang ramai samada baik atau buruk. Apabila ia sampai kekuburnya dan disembahyangkan maka roh itu dikembalikan ke jasadnya dan duduklah ia dalam keadaan mempunyai roh dan jasadnaya dan masuklah dua malaikat mengujinya.

15. Sifat malaikat maut ketika mencabut roh orang nukmin dan orang kafir
a)Malaikat yang mencabut nyawa orang mukmin akan berpenampilan cantik dan menarik disamping berbau wangi. Rupa pula seperti orang muda dan kulit bersih dan suci
b)Manakala malaikat yang datang mencabut nyawa orang kafir akan datang dalam keadaan yang begitu menyeramkan. kulitnya akan hitam seperti terbakar, dua kakinya akan berada di bumi dan kepalanya dilangit dalam keadaan rupa paling buruk dan busuk. Dibawah setiap bulunya terdapat api yang sedang marak. begitu menyeram sekali keadaannya.

16. Orang-orang mati saling menziarahi sesama mereka didalam kubur
a)Apabila mengafankan mayat saudara mu maka hendaklah diperkemaskan kafannya kerana mereka akan saling bermegah-megah dan saling berkunjungan didalam kubur nanti. Lebih elok jika dikafankan denagan pakaian solat.

17. Menyegerakan pengurusan jenazah dan ucapan oleh mayat
a)Sabda Rasulullah;”Segeralah menyempurnakan jenazah kerana jika dia seorang yang baik kamu hantarkannya ke tempat yang baik dan jika sebaliknya bererti kamu telah melepaskan keburukan dari leher-laher kamu”

KESIMPULAN;
Kesimpulannya disini, umat manusia perlulah sedar akan tanggungjawab masing-masing tanpa lalai mengingati mati. Kematian itu tetap akan berlaku.

Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Farizah Bt Abdul Latif

Maksud Mukjizat

Abstrak
Dalam buku ini kita telah mempelajari maksud mujizat. Mukjizat ialah perkara luar biasa yang Allah SWT turunkan kepada nabi yang dikehendakinya. Sebelum mereka mendapt mujizat mereka telah di uji oleh Allah SWT. Nabi – nabi yang mendapat mukjizat di antaranya ialah nabi Ibrahim AS. nabi musa.. nabi Isa, nabi Nuh dan nabi muhmmad SAW. Mukjizat yang teragung ialah peristiwa Isra’ dan Mikraj di mana nabi Muhammad SAW telah diangkat ke tempat yang tinggi dan mulia.

Mukjizat ialah perkara luar biasa yang Allah SWT berikan kepada nabi- nabi yang dikehendakiNya. Allah SWT. Allah Ta’ala telah menguatkan lagi bukti kenabian Muhammad SAW dengan perkara luar biasa atau lebih tepat sekali disebut sebagai mukjizat. Mukjizat agung yang hanya dikhususkan kepada Rasulullah SAW. ini ialah peristiwa Isra’ dan Mikraj di mana tidak seorang nabi pun yang telah naik ke langit sehingga sampai ke “ sidratul muntaha” dan memasukinya, kemudian kembali semula ke bumi pada malam yang sama melainkan nabi Muhammad SAW, nabi dan rasul terakhir.

Rasulullah SAW adalah nabi dan rasul terakhir, mempunyai akhlak yang mulia, diutuskan untuk membawa risalah terakhir di muka bumi. Baginda telah menerima asuhan dari Allah SWT. sebagai persediaan dalam memikul risalah yang diterima dari langit. Maka Allah SWT. telah menjadikan bagind sebagai seorang insan yang buta huruf, tidak tah menulis dan membaca. Ini merupakan satu perancangan yang diatur oleh Allah SWT. agar dari tamadu umat – umat terdahulu atau risalah yang diajar dan dikarang oleh seorag alim ulamak.

Persoalan disini, bukankah Allah SWT. yang menghantar jibril itu mengetahui bahawa rasulullah tidak tahu menulis dan membaca?Sedangkan Dialah yang telah menjadikan baginda buta huruf dan mencatatnya dalam kitab taurat, injil serta kitb – kitab samawi yang lain:

Kita perhatikan firman Allah yang bermaksud :

Maksudnya : Orang – orang yang mengikut rasulullah, nabi yang buta huruf yang mana mereka dapati tertulis dalam taurat dan injil akan mendapat rahmat.

JENIS-JENIS MUKJIZAT

Mukjizat terbahagi kepada dua iaitu mukjizat material dan mukjizat kubra. Mukjizat material ialah mukjizat yang boleh disaksikan oleh manusia. Contohnya air keluar dicelah – celah jari Rasulullah, awan menaungi Rasulullah ke mana saja baginda pergi, bulan terbelah dua dan sebagainya.

Mukjizat kubra pula ialah mukjizat tidak dapat disaksikan oleh manusia lain contohnya Rasulullah diangkat naik ke tempat yang paling tinggi dan mulia
iaitu “ sidratul muntaha”. Ini supaya baginda dapat menyaksikan tanda – tanda kebesaran Allah SWT. Baginda juga telah sampai ditempat paling tinggi dimana jibril sebagai malaikat yang paling hampir dengan Allah sendiri pun tidak pernah sampai ke tempat tersebut.


Allah SWT telah mengurniakan mukjizat kepada lima nabi iaitu nabi Musa, nabi Isa, Nabi Ibrahim, nabi Nuh dan nabi Muhammad SAW. Sifat api ialah membakar tetapi ketika orang – orang kafir mengikat nabi Ibrahim untuk membakarnya di dalam api, maka Allah SWT tidak menjadikan Ibrahim lari dari pandangan mereka atau pun hujan untuk memadam api. Tetapi Allah mempunyai hikmah yang tinggi. Apabila dibakar badan Ibrahim tidak cedera sikit pun kerana Allah SWT. telah berfirman yang bermaksud :

“Hai api! Hendaklah kacau menjadi dingin dan keselamatan bagi Ibrahim. ”

Begitu juga keadaannya ketika mana Musa AS dan pengikut – pengikutnya melarikan firaun daripada Firaun dan tenteranya yang mengejar mereka dalam keadaan mencemaskan itu terperangkapdengan sebuah laut yang luas di hadapan mereka manakala di belakang Firaun dan pengikut – pegikutnya sedang mara. Kemudian Allah telah menghantar bantuan dari langit. Maka Allah SWT telah memberikan tongkat dan menyuruh memukul tongkat itu ke arah laut tersebut maka dengan kusaNya maka terbelah laut tersebut dan nabi Musa serta pengikutnya dapat menyeberangi laut tersebut tetapi apabila Firaun dan pengikutnya sampai dilaut itu bercantum semula dan akhirnya mereka mati lemas.

Nabi Isa pula dapat menhidupkan orang mati dan menyembuhkan penyakit kusta ia adalah mukjizat dari Maha Pencipta dan tidak ada seorang manusia pun yang mampu menghidupkan orang mati atau menyembuhkan penykit kusta dengan isyarat mata. Nabi Nuh pula di mana berlaku banjir besar di mana orang yang beriman kepada Allah SWT. akan terselamat kerana berada di atas kapal yang besar. Sebelum itu Nabi Nuh telah memberitahu bahawa akan berlaku banjir besar tetapi penduduk di situ tidak menghiraukannya dan akhirnya isteri dan anaknya serta oroang – orang yang jahil mati lemas di hanyut banjir besar itu.

Nabi Muhammad SAW adalah nabi yang paling banyak menerima dugaan dari Allah SWT. Antara mukjizat yang Allah kurniakan kepadanya ialah keluar air di celah – celah jari rasulullah, bulan terbelah dua, awan mengikut pergerakan rasulullah dan sebagainya.
Erti kalimah ‘SUBHANALLAH’

Kalimah yang bermaksud “ Maha Suci” tidak tersebut dalam al – Quran kecuali ketika menyebut perkara –perkara ajaib dan luar biasa. Oleh itu ketika mendengar kalimah itu di sebut dalam al – Quran secara automatic kita akan mengetahui bahawa ianya merupakan suatu penyucian terhadap kekuasaan Allah SWT. dan bahawasanya perkara tersebut tidak mampu dilakukan sesiapa melainkan Allah Maha Esa sahaja.

BAHAGIAN PERTAMA

Maha suci Allah yang memperjalankan baginda SAW.

Rasulullah SAW. telah menerima penyeksaan yang banyak daripada orang – orang kafir dan musyirikin. Pada tahum yang sama iaitu tahun dukacita baginda telah kehilangan seorang isteri, Khadijah RA yang merupakan sumber ketenangan baginda, beliau telah menguati kesusahan kesusahan yang telah dihadapi baginda di jalan dakwah.

Kemudian baginda telah menuju ke Taif, mudah – mudahan di sana ada insan –insan yang akan menyahut seruan dakwah dan beriman dengan ajaran Allah. Namun baginda mendapat tentangan dari mereka dan mereka mengarahkan orang – orang bodoh serta kanak – kanak membaling batu ke arah Rasulullah, lalu baginda pergi dari situ dan menuju ke sebuah kebun sambil menadah tangan di langit bermunajat dan mengadu kepada tuhan tentang keingkaran penghuni bumi.

Dan Allah SWT. telah berfirman kepada Rasulullah yang bermaksud : Dan janganlah kamu merasa sempit dada di sebahagian tipu daya mereka itu. Sesungguhnya Allah bersama orang yang bertaqwa dan orang – orang yang berbuat kebajikan. (Surah an – nahl : 127 – 128)

Dari sini datangnya peristiwa Isra’ dan Mikraj. Sebelum menceritakan tentang mukjizat ini maka tidak dapat tidak kita mesti mendalami sesuatu yang tersirat di dalam permulaan ayat surah Al – Isra’ yang bermaksud :Maha suci Allah yang telah memperjalankan baginda pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. (Surah Al – Isra’ ayat 1)

Surah tersebut telah dimulakan dengan kalimah ‘ Subhana’ yang bermakna ‘Penyucian’ iaitu penyucian terhadap zat Allah Ta’ala daripadamenyerupai dengan sesuatu yang sama ada pada sifat atau perbuatanNya. Ia juga membawa pengertian bahawa penyucian yang mutlak hanya milik Allah, Tidak sesuatu pun yang menyamai Allah sama ada pada zat, sifat atau perbuatan. Contohnya Allah Ta’ala wujud dan kita juga wujud, tetapi kewujudan Allah dan kewujudan kita adalah sesuatu yang berbeza. Allah Ta’ala mempunyai zat dan sifat dan kita mempunyai zat dan sifat tetapi tidak ada persamaan. Meskipun Allah mempunyai perbuatan tertentu tetapi kita tidak boleh menyamakan dengan perbuatan makhluk. Bahkan perbutan Allah berada di luar kemampuan manusia dan mengatasi tahap pemikiran manusia.

BAHAGIAN KEDUA

Kenapa Berlaku Secara Ghaib ?

Sebelum pergi jauh disana terdapat dua persoalan yang perlu dijawab iaitu kenapa berlaku pada waktu malam, bukannya pada watu siang ? Dan persoalan kedua kenapa peristiwa tersebut mengambil tempoh masa tertentu ?


Peritiwa Isra’ mula berlaku ketika Rasulullah s. aw sedang tidur di Kaabah, ada juga riwayat mengatakan baginda tidur di rumah baginda sendiri dan riwayat lain pula menyebut di rumah Ummu Hani’, semua riwayat adalah sahih. Kerana mimpi para anbiya’ adalah benar – benar berlaku dan Allah akan menetapkan hati para anbiya’ sebelum berlaku sesuatu mukjizat, supaya mereka tidak mengalami kejutan. Latihan yang telah diterima oleh Musa AS sebelum menerima mukjizat dari Allah SWT. Walaupun pada peringkat latihan beliau agak ketakutan melihat tongkatnya sekali menjadi ular biasa dan sekali lagi menjadi \ular \ berbisa tetapi ketika mana mukjizat tersebut benar – benar berlaku di hadapan tukang sihir dan firaun, maka hati beliau menjadi teguh


Rasulullah SAW telah diberi berita gembira dengan pembukaan Kota Mekah, dan Allah Ta’ala telah memperlihatkannya kepada baginda melalui mimpi dan telah diceritakan oleh baginda kepada para sahabat. Maka disini ada suatu keadaan dinamakan pernyataan yang menghiburkan. Iaitu bahawa nabi akan menyaksikan yang dilihat itu tidak benar – benar berlaku maka ia dianggap sesuatu yang sekadar menghiburkan rasulullah. Biasanya mimpi Rasulullah akan datang seperti cahaya dan apa – apa yang dilihat pasti nyata.

Dari sini kita dapat simpulkan dalam satu pemahaman. Mimpi itu telah datang buat pertama kali ketika berada di rumah Ummu Hani, kemudian datang buat kali kedua di rumah baginda sendiri dan datang buat kali ketiga dalam bentuk peristiwa benar – benar menjadi kenyataan dan pada waktu baginda berada di Masjidil Haram. Hakikatnya, manusia tidak akan menafikan sesuatu yang berada di luar pengetahuan mereka. Kemudian kami bawakan mereka dalil dalil akal agar mereka mengetahui bahawa sesuatu yang ghaib tetap wujud walaupun kita tidak pernah menyaksikannya.

BAHAGIAN KETIGA

Dari Mekah Ke Baitul Maqdis

Pelbagai perbahasan telah kita lakukan berkaitan peristiwa Isra’ dan Mikraj, namun masih lagi berada di ruang lingkup ayat pertama surah al – Isra’ yang bermaksud “ diperjalankan hambanya”. Masjidil haram adalah tempat terdapatnya Kaabah yang mulia. Ia adalah masjid pertama yang dibina manusia di muka bumi sejak mereka mulu dijadikan. Allah Ta’ala memilih satu tempat di bumi ini iaitu masjidNya (Masjidil Haram) sebagai tempat untuk beribadah. Maka tempat terletaknya Baitul Haram adalah dataran yang mulia, Mekah Al – Mukarramah dan tersebut bukan sekadar hamparan bumiya sahaja bahkan meliputi kawsan di atas Baitul Haram hingga lapisan langit sebahagian itulah pada musim haji, kita dapati ada sesetengah jemaah haji yang bersembahyang di tingkat dua yang mana ianya lebih tinggi daripada binaan Kaabah sendiri, tapi solat mereka masih dikira sah.

Begitu juga dengan perut bumi yag berada dibawahnya, juga dianggap sebagai Baitl Haram. Ini kerana seluruh persekitaran di kawasan itu di kira sebagai masjid. Para malaikat dan rahmat Allah akan turun memayungi orang – orang yang menunaikan sembahyang disana. Manakala masjid yang berada di awah bangunan tertentu tidak dikira masjid tetapi diisytiharkan sebagai tempat untuk solat berjemaah. Kerana di tempat – tempat tersebut berkemungkinan ada wanita – wanita yang berhaid, atau orang – orang tidak suci, maka mereka ini akan menghalang dari dipayungi malaikat dan rahmat dari Allah Ta’ala

Apakah Erti Keberkatan ?

Perjalanan rasulullah SAW dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj bermula dari masjidil Haram hingga ke Masjidil Aqsa dan terus ke langit. Masjis Aqsa bermaksud masjid yang paling jauh. Ini kerana masjid ini adalah tempat yang paling jauh yang pernah mereka sampai sebelum kedatangan islam. Majidil Aqsa dikenali sebagai tempat yang diberkati Allah SWT. , secara umumnya keberkatan ialah diberikan sesuatu yang melebihi kadar yang dijanjikan.

Walau bagaimanapun, terdapat keberkatak agama yang hanya dikhususkan untuk hamba – hamba yang beriman. Manakala keberkatan yang terdapat keagamaa yang terdapat disekeliling Masjil Aqsa adalah kedua – dua keberkatan duiawi dan ukhrawi atau keagamaan. Maka jelaslah kepada kita keistimewaan masjidil Aqsa yang terkandung dalam firman Allah yang bermaksud ‘Ke Masjidil Aqsa yang kami berkati di sekelilingnya. ’Oleh itu orang-orang kafir hanya mendapat keberkatan duniawi sahaja. Manakala orang-orang mukmin mendapat keberkatan duniawi dan ukhrawi.

Kesimpulan

Disini kita akan melihat kepada nokhtah terakhir dalam peristiwa Isra’ Mikraj iaitu kewajipan solat. Kesemua hukum-hukum dan rukun-rukun Islam yang didatangkan kepada nabi melalui wahyu yang disampaikan oleh Jibril AS kecuali solat. Dimana ia telah diperintahkan oleh Allah secara langsung, maka ibadah solat mempunyai pertalian terus di antara langit dan bumi, diantara hamba dengan tuhanNya dan ia adalah lambang kepada kehambaan seseorang manusia terhadap Penciptanya Yang Maha Agung.

Solat merupakan tempat berhimpunnya semua hukum-hukum agama, dan perkara paling pertama dihisap di akhirat kelak ialah solat. Sekiranya baik maka baiklah agama seseorang. Sesungguhnya solat dilakukan oleh seorang hamba akan mendekatkan lagi dirinya dengan Allah SWT. meskipun ibadah ini tidak akan memberikan apa-apa pulangan kepada mereka yag melakukannya, sama ada harta, benda, pangkat atau kemewahan dunia yang lain, tetapi hakikatnya ia telah memberi satu pulangan yang lebih beharga pada rohani seseorang.

Sesungguhnya mereka akan menikmati ketenangan jiwa dan akan menghalang keresahan hati, sehingga mereka mampu menghadapi cabaran hidup. Sesungguhnya rukun islam yang lain akan digugurkan kewajipan keatas seseorang hamba dalam beberapa keadaan. Contohnya orang miskin akan dikecualikan daripada kewajipan haji, tetapi ianya berlainan sekali dengan ibadah solat yang tidak digugurkan kewajipan mengerjakannya buat selama –lamanya. Berakhirlah disini perbincangan kita tentang Mukjizat Kubra iaitu mukjizat Isra’ dan Mikraj. Mukjizat yang telah mengatasi mukjizat –mukjizat lain kesemuanya. Rasulullah telah diperjalankan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan diangkat ke lagi sehingga Sidral Muntaha. Seterusnya baginda telah melihat tanda –tanda kekuasaan tuhannya yang paling besar. Hanya kepada Allah kita memohon taufik dan hidayah.

Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Sofiatul Anis Bt Ramlan

Muqaddimah Sembahyang Berjemaah

Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar al-Qawariri RA ia berkata:Aku sama sekali belum pernah lalai dari sembahyang Isyak berjemaah. Hanya di suatu malam aku kedatangan tamu, sehingga aku terlambatsembahyang isyak berjemaah. Setelah tamu pulang aku pergi ke beberapa masjid di Koto Basrah dan kudapati semua orang sudah sembahyang dan semua pintu masjid sudah tertutup.

‘Akhinya aku kembali ke rumah dan aku ingat sebuah hadis yang mengatakan bahawa sembahyang jemaah lebih utama dari sembahyang bersendirian, dan berpahala 27 kali ganda. Maka aku pun sembahyang Isyak 27 kali.

Bila nabi dan para sahabat sering mesti disangga kerana sakit agar tidak tertinggal meninggal sembahyang berjemaah. Kita justeru rela menghabiskan wktu berjam –jam di depan tv untuk menyaksika aneka hiburan, pertandingan atau hal lainnya. Kita enggan sembahyang berjemaah. Pada hal banyak manfaat yang dapat diperoleh ari ibadah yang menyita waktu hanya beberapa minit itu. Selain melatih disiplin dan memperkukuh kebersamaan, sembahyang berjemaah juga boleh menjadi warnig untuk melaksanakan ketaatan – ketaatan lainnya. Dan kalau orang moden sering mengeluhkan kehampaan spiritual mka lazimlah sembahyang berjemaah. Seorang Profesor Fizik di Amerika Syarikat membuat kajian mengenai keistimewaan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Kajian itu mendapati, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beribadat atau berehat, sudah tentu banyak tenaga diguna pakaikan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu selepas menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda Profesor itu, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajian mendapati, sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas diperlukan oleh tubuh kita. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat. Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat berjemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Profesor itu mengenai Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Kajian lanjut, didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat dalam Isyak. Kita sedia menunaikan tahajjud pada sepertiga malam. Ringkasnya, Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamulllail).

Dalam kajiannya, Profesor itu mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk Islam

FALSAFAH SOLAT BERJEMAAH

Sembahyang itu ada yang disebut bermakna dalam dirinya sendiri, keran ia merupakan tujuan pada dirinya sendiri, khususnya sembahyang sebagai peristiwa mengadap Allah dan berkomunikasi dengan Dia, sama ada melalui bacaan ataupun melalui tingkah laku. Dan sembahyng ada disebut bermakna peralatan, kerana ia dapat dipandang sebagai alat untuk mencapai sesuatu diluar dirinya sendiri.

Jika seseorang dengan penuh kesungguhan dan keinsafan menghayti kehadiran Tuhan dalam hidup sehariannya maka tentu dapat diharap bahawa keinsafan itu akan mempunyai kesan pada tingkah laku dan pekertinya, yang tidak lain daripada kesan kebaikan. Meskipun pengalaman akan kehadiran Tuhan itu merupakan kebahagiaan tersendiri yang tidak terlukis dalam kata-kata, namun tidak kurang pentingnya ialah wujud keluarnya dalam tindakan sehari-hari berupa perilaku berbudi pekerti luhur.

Sembahyang dalah ibadat yang paling agung, dan suatu kewajipan yang ditetapkan atas setiap orang muslim. Dan Allah menegakkannya, sesuatu beerti menjalaninya sahaja. Kesan sembahyang dan hasil tujuannya ialah sesuatu yang diberitakan Allah kepada kita dengan firmanNya, “Sesungguhnya sembahyang mencegah dari kotor dan keji”, dan firmanNya lagi, “Sesungguhnya manusia diciptakan gelisah :jika keburukan menimpanya, ia banyak keluh kesah dan jika kebaikan menimpanya, ia banyak mencegah dari sedekah. Keculi mereka yang sembahyang. ’’

KEISTIMEWAAN SOLAT BERJEMAAH

Sebahagian besar umat islam di berbagai daerah tidak begitu memerhatikan sembahyang berjemaah, bahkan hingga para juru dakwahnya. Disini dikemukakan keistimewaan-keistimewaan solat berjemaah

Keistimewaan yang pertama ialah Mematuhi perintah Allah. Dengan bersembahyang berjemaah beerti seseorang mematuhi salah satu perintah Allah yang dibebankn kepada umat manusia yang beriman. Dalam hal ini Allah menegaskan :

“Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, dan rukuklah bersama-sama orang-orang yang rukuk”(Surah al- baqarah:43)

Sedang dalam mazhab Syafi’i, sembahyang berjemaah adalah fardu kifayah yang mesti didirikan dalam sebuah perkampungan.

Keistimewaan yang kedua ialah Sebagai saksi keimanan. Sembahyang berjemaah adalah alat utama lagi penting untuk memakmurkan masjid- masjid. Jika bukan kerana solat berjemaah, tentu masjid- masjid menjadi lengang dan sepi. Allah bersaksi bahawa memakmurkan masjid hanyalah dengan iman dan bahawasanya mereka adalah orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah, hingga berada dalam kebenaran.

Keistimewaan yang ketiga ialah mendapat takziah. Bagi mereka yang melakukan sembahyang secara berjemaah, akan mendapat takziah dan anugerah besar dari Allah. Kerana sembahyang jemaah merupakan bahagian dari sebab yang mengantarkn umat manusia mengingat Allah dan bertasbih kepadaNya di masjid-masjid. Allah memuji mereka dan memberi jolokan sebagai rijal(orang-orang yang gentleman). Mereka adalah mereka yang tidak lalai melaksanakan sembahyang hany kerana perniagaan mahupun kegiatan lain.

Seterusnya Mematuhi perintah rasul. Dengan melaksanakan sembahyang berjemaah beerti telah mematuhi perintah Rasulullah dan mengikuti sunnah baginda sama ada percakapan atau perbuatan. Rasulullh memerintahkan kepada umatnya supaya segera melaksanakan sembahyang berjemaah. alam hal ini Rasulullah menegaskan : ‘Sesiapa mendengar azan lalu mendatanginya, maka tidak ada sembahyang yang sempurna baginya kecuali dia mempunyai uzur. ”

Selain itu kita juga boleh meraih keselamatan. Mengikuti sunah Rasul dalam sembahyang berjemaah dan ibadah-ibadah yang lain adalah bahagian dari sebab turunnya petunjuk Allah kecintaan kepadaNya, ampunan atas dosa dan keselamatan yang terlanjur dilakukan, serta keselamatan dari neraka hingga kemudian dimasukkan ke dalam syurga. Dalam hal ini rasulullah menegaskan:

“Setiap umatku akan masuk syurga kecuali orang yang tidak mahu. Sesiapa mentaati aku maka dia akan masuk syurga. Dan sesiapa menderhakai aku, beerti dia tidak bersedia masuk syurga. ”

Keistimewaan yang keenam ialah Mengagungkan syiar islam. Dengan sembahyang berjemaah beerti menampakkan dan mengagungkan salah satu di antara syiar islam, bahkan termasuk syiar yang paling agung. Perihal orang yang mengagungkan syiar islam Allah telah menegaskan dalam Al-Quran:“Demikianlah perintah Allah. Dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu adalan timbul dari ketakwaan hati. ”

Seterusnya, melebihi sembahyang bersendirian. Sembahyang berjemaah keistimewaannya melebihi sembahyang bersendirian. Dua puluh tujuh kali ganda, bila dibanding dengan darjat sembahyang bersendirian. Ada pula yang menyebutkan dua puluh lima kali ganda. Dalam hal ini Rsulullah menegaskan: “Sembahyang berjemaah lebih utama dua puluh lima darjat daripada sembahyang bersendirian. ”Dalam riwayat tersebut ada disebutkan: “Lebih utama dua puluh tujuh darjat. ”

Selain dari itu solat berjemaah lebih mulia di sisi Allah. Sembahyang berjemaah
Sekalipun dengan jumlah yang sangat sedikit, pelakunya lebih suci dan lebih mulia dalam pandangan Allah daripada sembahyang bersendirian sekalipun jumlah orangnya lebih ramai. Ia juga memelihara diri dari syaitan. Sembahyang berjemaah akan menyelamatkan pelakunya dari godaan syaitan yang menjadi musuh tradisinya. Sebab syaitan tidak pernah berputus asa untuk menggodanya hingga dia terjerumus ke jurang neraka.

Seterusnya disaksikan para malaikat. Para malaikat yang bertugas jaga malam dan siang, berkumpul untuk menyaksikan orang-orang yang melaksanakan sembahyang jemaah subuh dan asar, yang mereka memohonkan ampunan kepada orang yang berjemaah di masjid. Sembahyang berjemaah adalah sebahagian daripada sebab yang menjadikan seseorang ghairah mengerjakan sembahyang tepat waktunya, bahkan di awal waktu. Dalam sembhyang berjemaah terdapat pengajaran tentang disiplin dan penguasaan diri. Pada saat seseorang makmum mengikuti imam dalam beberapa kali takbir dan dalam pergantian gerakan sembahyang beerti dia sedang dididik disiplin dan penguasaan diri, jangan sampai mendahului imam. Dengan kta lin seorang mkmum tidak boleh mendahului imam, tertinggal, serentak atau melampuinya.

Keistimewaan yang ke sepuluh ialah beroleh darjat yang tinggi. Orang yan memelihara sembahyang dijanjikan oleh Al quran mendapat darjat yang tinggi bahkan menyifatkan dengan berbagai sifat mulia. Dalm hal ini Allah SWT telah berfirman: “Bertasbihlah kepada Allah di masjid-masjid yang telah disuruh untuk memuliakan dan di sebut namaNya di dalamnya pada waktu pagi dan petang. Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah, menunaikan sembahyang, menunaikan zakat, mereka takut pada suatu hari yang dari itu hati dan penglihatan menjadi guncang. Mereka yang mengerjakan demikian itu agar Allah memberi balasan kepada mereka dengan balasan yang lebih baik dari apa yan mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah anugerahNya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dkehendakinya.

Hukum sembahyang fardhu berjemaah.

Hukunnya fardhu ‘ain bukan syarat sahnya sembahyang. Inilah pendapat sejumlah sahabat dan para ulamak, diantaranya Abdullah bin Mas’ud dan Abu Musa dan sebgainya. Atha berkata: “Sembahyang fardu berjemaah adalah kewajipan yang mesti didirikan, Bila ia mendengar seruan azan wajib atasnya menghadirinya!”Berdasarkan keterangan tersebut bila seorang muslim meninggalkannya tanpa uzur ia terkena dosa

namun sembahyangnya(tanpa berjemaah) dianggap sah. Dalilnya sebagai berikut:FIRMAN Allah SWT:

“Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan sembahyang bersama- sama mereka maka hendaklah segolongan dari mereka sembahyang besertamu dan menyandang senjata, kemudia apabila mereka sujud hendaklah mereka pindah dari belakangmu dan hendaklah datang golongan kedua yang belum bersembayang, lalu bersembahyanglah mereka denganmu dan hendaklah mereka bersiap dan menyandang senjata. Orang- orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus. ”

Dalil-dalil dari sunnah Nabi SAW sebagai berikut: “Demi Allah yang jiwaku berada ditanganNya betapa ingin aku memerintahkan supya dikumpulkan kayu bakar, lalu aku perintahkan supaya mengumandangkan seruan azan, kemudian aku perintahkan seseorang mengimani sembahyang lalu aku berangkat menemui orang- orang yang tidak menghadiri sembahyang berjemaah dan membakar rumah- rumah mereka…”

Syarat-syarat imam sembahyang berjemaah

Dalam solat berjemaah ini bukanlah setiap orang boleh sesuka hati tampil ke hadapan untuk menjadi imam bagi orang ramai. Islam telah mengatur dan menentukan siapa yang lebih berhak menjadi imam.

Syarat yang pertama ialah orang yang disukai rakyat. Dalam Islam imam atau pemimpin mesti ditaati, selagi dia tidak maksiat kepada Allah dan RasulNya. Oleh kerana memilih pemimpin atau imam mesti hati-hati sekali. Sesungguhnya hakikat pemimpin yang dikehendaki islam aalah rakyat memilih orang yang akan memerintah dan mengatur persoalan mereka.

Syarat yang kedua ialah siddiq atau benar. Seorang imam atau pemipin mestilah benar akhlaknya dan benar ucapannya. Dia tidak pernah terlibat skandal, sama ada skandal harta apa lagi skandal wanita. Pemimpin yang benar adalah pemimpin yang mampu berlaku adil ertinya tidak memberikan hak istimewa pada dirinya atau segolongan orang di dalam masalah hukum, semua diperlakukan sama.

Syarat seterusnya ialah tabligh iaitu menyampaikan. Seorang imam atau pemimpin mestilah orang yang mampu berkomunikasi dengan para bangsawan atau orang-orang awam, bukan nama besar yang disandang ibu bapa atau sukunya. Seorang pemimpin tidak sahaja dikagumi kerana akhlaknya, tetapi kemampuan dia berbincang dan berdiplomasi dengan kawan-kawan dan lawan –lawan politiknya pun mesti ada. Alat untuk menghubungkan dirinya dengan manusia disekitarnya ialah kesanggupan berkata-kata dengan lidah sebagai sambungan dari apa yang terasa dalam hatinya.

Syarat yang keempat ialah amanah atau jujur. Amanah dalam hal ini adalah kekuasaan merupakan amanah yang diberikan Allah untuk dijalankan dengan sebaik-baiknya, di dalam neraka yang berlandaskan islam, ditegakkan berdasarkan musyawarah, pemimpinnya dipilih dari golongan jujur, kuat dan dipercayai serta penuh perhatian. Rasul mengancam seorang pemimpin yang tidak amanah atau berkhianat terhadap rakyatnya apalagi yang hidupnya melarat.

Syarat yang kelima ialah fatonah atau cerdas. Iman yang dikehendaki makmum mesti pula mempunyai daya ingat yang kuat apalagi untuk menghadapi era Globalisasi dan perniagaan bebas dunia, maka perlu hadir seorang pemimpin yang cerdas, mempunyai idea-idea. Umumnya perusahaan hanya akan menerima pekerja dengan tingkat pendidikan diploma dan posisi tertentu hanya sarjana yang akan diterima.

Syarat yang terakhir ialah aspek hukum. Sembahyang mempunyai tatacara dan aturan yang mesti dipatuhi dari wuduk, mengadap ke kiblat, takbiratul ikram, rukuk, sujud sampai ditutup dengan dalam. Ia merupakan rangkaian atau hukum yang mesti dipatuhi. Bila makmum batal wuduk diantaranya dengan buang angin, mka dia mesti segera berwuduk, inipun mesti dilakukan oleh imam jika melakukan hal yang sama. Gerakan imam wajib ditiru dan jangan mendahuluinya.

Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:
1. Fardhu ain pada solat Jumaat;
2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.

Tuntutan berjemaah pada solat fardhu

Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

Rasulullah SAW pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah RA: Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi SAW bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandang kan di masjid.

Kesimpulan jemaah Illahi

Syariat Illahi jelas memberi petunjuk tentang kewajipan hidup berjemaah kepada kaum muslimin dimanapun dan dalam keadaan apapun mereka. Sejarah juga mencatat bahawa tidak mungkin umat ini pdam dari semangat yang dikabarkan kelompok-kelompok kaum muslimin untuk membangun jemaah. Sembahyang adalah ibadah universal dimana seluruh sector kehidupan bermuara pada sembahyang. Sembahyang yang digerakkan dan diilhami iman serta memahami akan akibat positif bagi diri, keluarga dan bahkan bangsa dan negaranya. Didalam sembahyang terkandung nilai-nilai moral, ekonomi, kesihatan, social, politik bahkan ilmu pengetahuan yang semua itu menjadi alat untuk membina dunia dan kemaslahatan manusia.

Untuk itulah, hendaklah setiap muslimim memperbanyak amalan sunat. sama ada sembahyang, puasa mahupun sedekah hingga kelak dapat dijadikan penutup dari kekurangan-kekurangan yang terdapat dalam alam farduSeperti manusia biasa.. Nabi juga perlu ditarbiahkan serta perlukan motivasi. Tapi dari ALLAH. Kesimpulannya sehebat mana pun manusia beribadat kepada ALLA tapi mereka juga perlu motivasi kerana kita jangan lupa bahawa segala sumbangan kita pada agama ALLAH juga jangan kita anggap sudah memadai tetapi kena berusaha memperbaiki sehingga kita mati.

Pengajarannya sehebat mana manusia ini beribadah kepada ALLAH SWT maka kita perlukan motivasi.. Kenapa saya kata begini.. walaupun rasulullah SAW kekasih ALLAH.. untuk bertemu dengan Nya.. Nabi Muhammad dibersihkan hatinya…cuba kita muhabasah diri kita.. diri kita ni dah suci?

Untuk mendapat motivasi terbaik jadi ALLAH sebagai landasan untuk rujukan melalui Quran dan Hadis sahih.

Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Sofiatul Anis Bt Ramlan